top of page

100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 14)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Nov 27, 2017
  • 2 min read

TAKTIK 61

PANDAI MENYESUAIKAN DIRI DENGAN ORANG YANG BERBEZA


  • Di pejabat ada ramai orang dan pelanggan. Anda harus membezakan cara layanan anda terhadap mereka.

  • Ada orang yang:

  • Suka menerima arahan

  • tidak Suka menerima arahan

  • Suka cakap kasar

  • Tak suka cakap kasar

  • Suka anda tegas

  • Tak suka anda tegas

  • Jadi anda perlu teliti betul2 cara mereka semua dan cuba untuk sesuaikan diri.


TAKTIK 62

PASTIKAN BOS ANDA KELIHATAN HEBAT


  • Anak buah biasanya dia suka dengan keadaan dimana bos nya dikutuk, dimarah, dimaki oleh orang atasan.

  • Sebab diorang tak suka.

  • Untuk jadi pekerja berpengaruh, anda kena pastikan bos anda kelihatan hebat sentiasa.

  • Anda kena puji bos anda. Pastikan dia tidak dimalukan di hadapan orang lain. Berita maklumat kepadanya supaya dia dapat menyampaikan maklumat dengan baik kepada pengurusan atasan.

  • BILA BOS ANDA NAMPAK HEBAT, ORGANISASI ANDA AKAN NAMPAK HEBAT, ANDA JUGA NAMPAK HEBAT.


TAKTIK 63

TAHU DI MANA DAN BILA BOS ANDA MELEPAK


  • Ini adalah satu taktik yang menarik. Untuk jadi pekerja yang berpengaruh, anda kena masuk geng yang berpengaruh.

  • Siapa geng berpengaruh? Mestilah geng2 bos.

  • Jadi, waktu yang paling sesuai untuk masuk dalam geng mereka ini adalah pada waktu mereka melepak. Tidak kira melepak di pejabat atau di luar waktu pejabat.

  • Jadi, anda kena tahu di mana tempat mereka selalu melepak dan masanya.

  • Sebagai contoh mereka suka melepak di coffee corner di pejabat pada waktu tengahari. Apa yang anda perlu buat adalah, anda perlu ke coffe corner untuk amik buat air atau sediakan makanan. Pastikan mereka sedar dengan kehadiran anda. Lama kelamaan anda akan masuk geng mereka.


TAKTIK 64

FAHAMI PROTOKOL HUBUNGAN SOSIAL DI PEJABAT


  • Kadang kala banyak peraturan dan protokol tidak ditulis dan dimaklumkan secara rasmi. Terutama berkaitan dengan protokol hubungan sosial.

  • Jadi anda kena fahami betul2 apakah protokol2 yang ada di pejabat anda. Bukan apa, ini untuk memudahkan anda supaya anda mudah memahami tingkah laku pejabat anda.

  • Jangan abaikan protokol hubungan sosial ini, kerana ianya sangat besar di mata bos anda.

  • Sebagai contoh:

  • Pejabat anda menuntut untuk anda hadir ke mesyuarat walaupun anda bercuti.

  • Jangan bawa keluarga ke pejabat

  • Jangan parking di tempat yang dikhas kan untuk bos dan ahli keluarga nya.


TAKTIK 65

KENALI DAN CUBA RAPATI ORANG KANAN BOS


  • Setiap pejabat mesti anda orang yang disukai, dipercayai oleh bos. Mereka ni dikenali sebagai Orang Kanan Bos atau Orang Kepercayaan Bos.

  • Kebiasaannya bos akan mendengar setiap apa sahaja yang keluar daripada mulut mereka ini.

  • Mereka ini tidak semestinya berpangkat tinggi, tapi mereka sangat berpengaruh dipejabat.

  • Jadi, anda cuba dekati mereka, jangan lawan mereka.

  • Seboleh2nya anda perlu melalui mereka ini sebelum mendapatkan kelulusan bos.

  • Tapi sebelum anda melalui mereka, kali pertama anda perlu jumpa dengan bos dan mendapat mandat daripada bos supaya segalanya perlu melalui orang kanannya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page