top of page

100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 9)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Oct 23, 2017
  • 2 min read

TAKTIK 36:

JANGAN MERUNGUT


  • Jangan sesekali anda merungut.

  • Kalau kerja banyak, kalau kerja tidak selesai, kalau bos lepas tangan, kalau bos tak bagi panduan, kalau kawan2 tidak membantu anda, kawan2 cuba tikam belakang… Jangan sesekali merungut.

  • Kerana bila anda merungut, hilang semua kebaikan yang anda dah buat selama ni.


TAKTIK 37:

BERKATA BAIK MENGENAI SEMUA ORANG


  • Sesetngah daripada kita sentiasa berkata buruk mengenai orang yang kita tidak suka

  • kalau orang tu tak masuk regu kita, kita akan cuba cari salah dia.

  • Yang malang sekali kita cuba hasut orang lain untuk membencinya.

  • Untuk menjadi pekerja hebat, anda perlu berkata baik kepada semua orang. Walau pun rakan anda itu tidak disukai oleh orang lain, tetapi anda cuba lah cari jalan untuk berkata baik mengenainya.

  • Anda akan dipandang baik dan setia oleh semua orang.


TAKTIK 38:

PUJI ORANG LAIN SECARA IKHLAS


  • Untuk menjadi seorang yang suka memuji bukanlah senang. Apatah lagi kalau ianya perlu ikhlas.

  • Cuba anda amalkan sikap untuk memuji rakan-rakan dan bos2 anda secara ikhlas.

  • Gunakan ayat2 yang menampakkan anda benar2 ikhlas memuji mereka dan bukannya buat2.

  • Sebagai contoh:

  • “EH...Cantiknya baju awak.. Kat mana awak beli ni?

  • "Wah! Mantap la laporan awak ni.. Saya nak kena belajar dari awak buat laporan macam ni jugak la.. Boleh?"


TAKTIK 39:

SENTIASA CERIA DAN POSITIF


  • Walau apa yang berlaku. Walau ribut yang melanda. Anda perlu kekal ceria dan positif.

  • Hahaha.. Jangan terbawak2 dengan ribut yang melanda, anda mesti follow hati anda.

  • Terus kekal ceria kerana orang akan kagum dengan anda bila anda berupaya ceria dan positif apabila ribut melanda.


TAKTIK 40:

TANYA SOALAN


  • Setiap kali bos anda atau kawan2 anda membentangkan sesuatu di dalam mesyuarat atau pembentangan, anda perlu bertanya soalan yang bijak.

  • Biasanya orang yang bijak akan bertanya soalan.

  • Bertanya soalan menandakan anda memberikan fokus dan perhatian kepada setiap pembentangan yang rakan anda berikan.

  • Jadi, anda akan kelihatan menghargai setiap usaha rakan anda.



 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page