top of page

100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 13)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Nov 20, 2017
  • 3 min read

TAKTIK 56

KUATKAN IMAN

  • Disekeliling anda pasti akan ada rakan2 atau bos2 atau anak buah yang tidak jujur, tidak mengikut peraturan, tidak intergriti dan sebagainya.

  • Pasti ada dikalangan mereka yang akan cuba untuk mempengaruhi anda untuk mengikut rentak mereka.

  • Apa yang patut anda buat?

  • Anda kena kuatkan iman anda. Anda kena teguhkan pendirian anda.

  • Anda perlu elakkan daripada terlibat sama dalam aktiviti mereka ini.

  • Sekiranya anda mengikut rentak mereka, reputasi anda akan jatuh dan anda tidak berupaya untuk bangkit kembali.

  • Amat sukar untuk memulihkan semula reputasi anda berbanding menjaganya daripada tercalar.

  • Kalau anda tidak berupaya untuk berdiri seorang diri dek kerana halangan2 yang tertentu, ambillah jalan untuk keluar daripada kedudukan anda sekarang.

  • Iaitu berhenti kerja.

TAKTIK 57

MELETAKKAN PERKARA DALAM PERSEKTIF ANDA

  • Untuk anda pergi lebih jauh dalam kerjaya anda, anda perlu meletakkan kerjaya dalam persektifnya yang tersendiri.

  • Anda tidak boleh membenarkan kerja anda mempengaruhi kehidupan anda.

  • Kalau anda berasakan kerja boleh mempengaruhi kesihatan anda, kehidupan anda, keluarga anda dan sebagainya. Anda sebenarnya telah salah.

  • Kerja adalah kerja. Ianya tidak lebih daripada itu.

  • Kalau anda ada masalah dengan kerja anda, jangan jadikannya sebagai sebab boleh mempengaruhi perkara lain:

  • Tak boleh tidur

  • Tidak lalu makan

  • Rasa tertekan

  • Mengabaikan kesihatan

  • Berapa ramai orang diluar sana yang begitu terkesan dek kerana mereka terlalu memikirkan berkenaan kerja. Mereka tidak meletakkan kerja dalam persektif yg sebenar.

  • Kerja adalah untuk hidup dan bukannya hidup untuk bekerja.

  • Apa yang akan perlu buat?

  • Anda perlu SWITCH OFF

  • RELAX

  • JANGAN AMBIL SERIUS

  • BERSERONOK

  • LETAKKAN PERKARA DALAM PERSPEKTIF

TAKTIK 58

FAHAMI DAN DALAMI BUDAYA KORPORAT ORGANISASI

  • Anda perlu menjadi sebati dengan budaya korporat organisasi anda.

  • Anda kena fahaminya terlebih dahulu apakah budaya korporat organisasi anda.

  • Selepas fahami, anda perlu masuk dan sesuaikan diri anda dengan budaya korporat berkenaan.

  • 70 % daripada mereka yang gagal dalam kerjaya mereka adalah disebabkan mereka tidak berjaya menyesuaikan diri dengan budaya korporat organisasi.

  • Budaya korporat sebenarnya adalah budaya yang terbina atau terbentuk secara organik. Iannya menjadi satu budaya yang difahami oleh semua orang. Mana mungkin anda tidak perlu memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya ini.

  • Contoh:

  • Kalau ramai bos dan rakan2 bermain golf, anda juga perlu bermain golf

  • Kalau ramai dikalangan mereka suka menonton bola sepak, anda juga perlu minat dengan bola sepak.

  • Kalau budaya suka menyanjung bos seperti raja, anda juga perlu lakukan seperti itu.

  • Kalau budaya korporat adalah meletakkan kreativiti sebagai perkara utama dalam setiap tugasan, anda perlu lakukkannya.

TAKTIK 59

BERBICARA DENGAN BAHASA YANG SAMA

  • Masuk kandang kambing anda perlu mengembek

  • Masuk kandang lembu anda kena mengembu

  • Masuk kandang kucing anda kena mengiau

  • Anda perlu berbicara dalam bahasa yang sama dengan orang lain di pejabat anda.

  • Jangan cuba bawa bahasa baru, kerana buruk padahnya.

TAKTIK 60

BERPAKAIAN SAMA MACAM ORANG LAIN

  • Untuk menjadi hebat tidak semestinya anda perlu jadi lain daripada yang lain. Terutama sekali dalam berpakaian.

  • Anda perlu mengikut norma pemakaian di pejabat anda.

  • Kalau diorang bekerja pakai jeans, anda juga perlu pakai jeans. Tetapi pastikan jeans anda adalah paling kemas, paling class, paling moden dan paling cantik.

  • Kalau mereka pakai kemas, anda perlu berusaha berpakaian kemas untuk sama standard dengan mereka.

  • Jika semasa mesyuarat semua rakan2 dan bos2 anda memakai kot atau jaket, anda juga perlu ikut mereka.

  • Jika masa mesyuarat diorang menanggalkan jaket atau kot dan melipat lengan baju, anda juga perlu berbuat demikian.

  • Saya pasti dalam setiap jabatan atau organisasi mesti ada makhluk yang berbeza rentaknya. Cuba perhatikan, mereka ini pasti akan sentiasa diperhatikan dan dijadikan bahan sasaran utama untuk dikenakan.


 
 
 

ความคิดเห็น


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page