100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 7)
- Mohd Azimin Che Wil
- Oct 9, 2017
- 2 min read

TAKTIK 26:
KAJI SISTEM KENAIKAN PANGKAT DI PEJABAT ANDA
Kenaikan pangkat sebenarnya anda boleh atur dan bukannya bergantung kepada TUAH sahaja.
Bila anda mula bekerja di sesuatu tempat, anda perlu kaji bagaimana anda boleh naik pangkat
Cuba semak bagaimana orang sebelum ini naik pangkat. Cuba semak macam mana bos anda naik pangkat.
Tindakan ini amat penting kerana ianya dapat membantu anda untuk persediaan diri bagi tujuan kenaikan pangkat.
Cuba ambil tindakan ini:
Dalam bidang anda apakah jawatan yang tertinggi yg anda boleh capai
Cuba tgk jawatan paling rendah.
Plot graf daripada jawatan paling rendah ke jawatan paling tinggi.
Tandakan kedudukan anda.
Senaraikan langkah2 untuk anda menuju ke jawatan yang paling tinggi.
TAKTIK 27:
CIPTA “GAMES PLAN” ANDA
Taktik yang ke 26 tadi, saya dah share berkenaan anda kena kaji sistem kenaikan pangkat
Jadi, sekarang anda perlu sediakan Game Plan anda.
Ataupun bahasa mudah strategi bagaimana anda boleh naik pangkat.
Apa yang anda perlu buat adalah:
Sedar siapa diri anda dan kedudukan tahap kompentensi anda
Senaraikan kompentensi yang anda perlu ada
Cuba lengkapkan kompensi berkenaan
TAKTIK 28:
MIND SETTING
Dalam setiap apa yang anda lakukan anda perlu set minda anda.
Dalam bahasa mudah, anda berkata-kata kepada diri sebelum sesuatu berlaku.
Kengkadang kerjaya anda selalu berjumpa dengan pelanggan. Pelanggan ni kengkadang pelbagai fesyen. Ada yang jenis marah2, ada yang suka tengking2. Jadi anda sebagai seorang pekerja yang hebat perlu “berkata-kata dalam hati” sebelum berdepan dengan pelanggan berkenaan:
“Saya akan cuba selesaikan masalah setiap pelanggan saya, apa pun yang akan berlaku, saya akan sentiasa senyum dan akan menerimanya secara terbuka”
Setiap kali anda nak lakukan sesuatu anda perlu set dalam minda anda perkara seumpama ini.
TAKTIK 29:
TAHU PERANAN ANDA
Apa peranan anda di pejabat?
Saya tahu bahawa tugas anda adalah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Mungkin tugas anda juga untuk ikut prosedur yang di tetapkan.
Tapi, apa peranan anda?
Anda perlu tahu bahawa anda perlu berperanan sebagai pelengkap kepada organisasi anda.
Anda perlu memastikan pasukan anda mencapai kejayaan.
Ada beberapa peranan yang anda boleh mainkan:
Sebagai Pemikir
Sebagai Koordinator
Sebagai Penilai
Sebagai Pelaksana
Sebagai Pelengkap
Sebagai Pakar
Sebagai Pembentuk dasar
TAKTIK 30:
TAHU KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANDA
Anda kena tahu kekuatan dan kelemahan anda.
Sebelum anda kaji kekuatan dan kelemahan, anda kena tahu apakah peranan anda dalam pasukan.
Semak Kelemahan dan kekuatan anda sebagai ahli dalam pasukan berkenaan. Adakah anda memiliki kekuatan untuk memegang peranan berkenaan? Cuba semak perkara ini.
Jika anda ingin memainkan peranan anda dengan baik, anda perlu semak perkara ni.
Jika anda tidak semak, kemungkinan anda tidak tahu level kompetensi anda sekarang. Sekiranya tahap anda lemah, mungkin sukar untuk anda menjadi yang terbaik dan seterusnya untuk naik pangkat.
Comments