100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 12)
- Mohd Azimin Che Wil
- Nov 20, 2017
- 2 min read

TAKTIK 51:
JANGAN TIKAM BELAKANG KAWAN
Bila anda tahu semua benda mengenai kesalahan kawan anda lakukan, jangan sesekali anda cuba untuk pecahkan rahsia berkenaan. Kecuali bila ditanya.
Jangan gunakan pecahkan rahsia berkenaan dek kerana kita ingin tikam belakang kawan-kawan kita.
Perangai tikam belakang sebenarnya tidak akan membawa anda pergi lebih jauh dan tinggi.
TAKTIK 52:
BAIK DENGAN KUMPULAN DOMINAN
Anda kena faham, apabila diri anda nampak hebat di pejabat. Pasti akan ramai yang dengki dengan anda.
Pasti ada sesetengah puak akan meminggirkan dan meninggalkan anda. Mereka berbuat demikian kerana mereka tidak mahu anda nampak lebih daripada mereka.
Apa yang anda boleh buat untuk elakkan perkara ini berlaku adalah anda berkawan dengan semua orang. Maksudnya anda baik dengan pekerja bawah, anda baik dengan rakan sekerja dan anda baik juga dengan pengurusan atasan.
Jadi apabila sesetngah pihak ingin meminggirkan anda, mereka akan berfikir dua kali kerana mereka akan sedar bahawa tidak guna meminggirkan anda kerana anda banyak support daripada orang lain
TAKTIK 53:
ELAKKAN DARIPADA BERCINTA DI TEMPAT KERJA
Bila dibuat kajian, kebanyakkan pasangan yang bercinta di pejabat akan lebih bermasalah berbanding pasangan yang bercinta diluar pejabat.
Bukan hanya bermasalah tetapi prestasi juga menurun kerana banyak elemen emosi yang akan wujud. Bila emosi telah mengawal diri, maka manusia kebiasaan gagal mengawalnya.
Reputasi anda juga akan terjejas jika akan bercinta di pejabat.
Anda akan lebih dikenali sebagai Mat Bunga dan Minah Cintan.
TAKTIK 54:
KETAHUI PERKARA YANG MEMBUATKAN ORANG LAIN BERMOTIVASI
Untuk menjadi pekerja yang hebat, anda juga perlu merangsang orang lain untuk jadi hebat sama macam anda.
Sekiranya anda mampu mengawal rakan-rakan anda dipejabat dengan ransangan2 anda, saya pasti anda akan dapt mengawal keseluruhan pejabat dan mudah untuk anda lakukan kerja.
Jadi, untuk merangsang rakan-rakan ini, anda kena tahu perkara yang boleh membuatkan orang lain bersemangat sama dengan anda untuk melakukan kerja.
Sebagai contoh;
Pejabat anda masuk pertandingan Inovasi.
Anda adalah salah satu anggota pasukan.
Anda perlu meransang sahabat2 anda untuk melakukan yang terbaik.
Jadi, anda perlu rangsang berdasarkan perkara yang akan membuatkan mereka termotivasi.
Contohnya. Kita buat yang terbaik bukan hanya untuk buat nama syarikat atau jabatan naik TAPI YANG PENTING NAMA KITA AKAN NAIK SAMA.
TAKTIK 55:
ANGGAP ORANG LAIN TIADA TAKTIK ATAU ADA TAKTIK BEKERJA YANG BERLAINAN
Orang lain pasti memiliki impian yang sama dengan anda iaitu INGIN MENJADI HEBAT DAN PEKERJA CONTOH.
Anda kena tahu itu.
Tetapi anda perlu mengaggapkan orang lain menggunakan taktik yang berlainan dengan anda. Jangan anggap semua orang bermain taktik seperti anda.
Kerana jika anda anggap orang lain sama dengan anda, ianya akan cepat melemahkan semangat anda.
Anggap orang lain tidak tahu apa yang anda sedang lakukan.
Comments