100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 10)
- Mohd Azimin Che Wil
- Oct 23, 2017
- 2 min read

TAKTIK 41:
SELALU UCAPKAN “TERIMA KASIH” DAN “TOLONG”
2 perkataan ini adalah perkataan keramat.
Ianya adalah 2 perkataan SUPERPOWER.
Jangan sesekali lupa untuk gunakannya di pejabat
Apabila anda mula mengabaikan 2 perkataan ini, pastinya ramai juga akan mengabaikan anda.
Tidak kira berapa banyak orang disekeliling anda menolong anda pada hari ini, anda tetap kena ucapkan terima kasih.
Tidak kira berapa banyak dan berapa kali anda kena minta tolong daripada orang disekeliling anda pada hari ini, anda kena selitkan perkataan “tolong”.
TAKTIK 42:
JANGAN SESEKALI BERSUMPAH DI PEJABAT
Saya pasti ramai di kalangan anda di luar suka sangat bersumpah untuk menunjukkan anda ini benar2 berada di sebelah yang betul.
Anda boleh bercakap apa sahaja di rumah, anda boleh bercakap apa sahaja di kedai mamak, tetapi di pejabat anda di larang sama sekali untuk mengucapkan perkataan “SUMPAH”.
Bila anda suka amalkan BERSUMPAH, orang dipejabat anda akan lali dengan sumpah anda dan ianya bukan lagi satu perkataan keramat malah ianya menjadi perkataan yang menjengkelkan.
TAKTIK 43:
MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Banyak kali saya menyebut mengenai perkara ini.
Ini bermaknanya ianya benar-benar penting untuk anda semua menjadi pendengar yang baik.
Anda perlu perbanyakkan aktiviti mendengar daripada aktiviti bercakap kerana bila semua individu dalam pejabat anda merasakan mereka didengari oleh anda, anda akan menjadi insan yang terbaik bagi mereka.
Semasa menjadi pendengar yang baik, anda perlu menjaga beberapa perkara:
Gunakan perkataan meransang
Tunjukkan body languange anda minat untuk mendengar
tanya soalan-soalan yang membina.
Kenapa penting untuk anda menjadi pedengar yang baik?
Sebab anda akan dapat maklumat yang banyak.
Bila ada maklumat yang banyak, anda mudah untuk bekerja.
TAKTIK 44:
JAGA PERCAKAPAN & PERKATAAN ANDA
Dengan satu perkataan ianya boleh mengubah persepsi orang terhadap anda.
Dengan satu perkataan ianya boleh mengubah emosi orang lain dalam sekelip mata.
Lidah ibarat pedang, kalau kita tidak pandai menggunakannya, ia pasti menghiris jiwa.
Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai, anda akan dikelihatan bijak, tenang, berfikiran terbuka, berkarisma dan memiliki aura yang tinggi.
TAKTIK 45:
FAHAMI ETIK INDUSTRI ANDA BEKERJA
Apakah etik industri anda bekerja?
Adakah industri anda memiliki etik yang baik atau buruk.
Sebagai contoh:
Anda bekerja sebagai grafik designer di Syarikat grafik.
Etik : Menuntut anda untuk menerapkan elemen kreativiti di setiap hasil kerja anda.
Jadi, anda perlu jadi kreatif dalam setiap kerja anda.
Sebagai contoh:
Anda bekerja sebagai Akauntan di Firma Perakauanan.
Etik : Menuntut untuk setiap Laporan Kewangan Syarikat dan Pengauditan Kewangan Syarikat dilakukan secara telus.
Jadi anda tahu bahawa etik industri anda memerlukan ketelusan.
Contoh 2:
Anda bekerja sebagai Pegawai Perubatan di hospital
Etik : memerlukan anda untuk cermat dan pantas.
Jadi anda perlu mementingkan kecermatan dan kepantasan.
Comments