top of page

100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 8)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Oct 16, 2017
  • 2 min read

TAKTIK 31:

BERTINDAK PADA MASA DAN KEADAAN YANG SESUAI


  • Ular Tedung atau ular cobra tidak akan keluarkan bisanya sentiasa

  • Mereka akan keluarkan bila keadaan memerlukan dan sesuai sahaja.

  • Bila keadaan sesuai itu? Semasa mereka lapar atau mereka dalam keadaan bahaya.

  • Begitu juga anda, anda disarankan supaya menggunakan tenaga dan kehebatan anda pada masa dan keadaan yang sesuai sahaja.

  • Cuba cari masa dan keadaan yang sesuai itu.

  • Sebagai contoh:

  • Sukarela untuk mengetuai tugasan penting ketika semua orang sudah kehabisan tenaga atau tidak mampu.

  • Beri idea dalam keadaan semua orang sudah kehabisan idea.

  • Ambil peluang ini. Pasti anda akan diingati.


TAKTIK 32:

CUBA JANGKA ANCAMAN YANG BAKAL DATANG


  • Apa ancaman kepada hezri dan didi? -

  • Macam-macam ancaman bakal datang kepada kita setiap hari, setiap bulan atau setiap tahun.

  • Kadang-kadang ancaman datang dari setiap segi yang tidak di duga.

  • Dari kawan, dari bos, dari klien, dari musuh.

  • Jadi anda kena bersedia untuk menjangkakan ancaman yang bakal datang kepada anda.

  • Sebagai contoh ancaman:

  • Saiz syarikat yang bakal dikecilkan

  • syarikat mula membuang pekerja2

  • Bos mula mencari mereka yang berkemahiran sahaja

  • Ada rakan sekerja anda yang suka bermain politik di pejabat

  • Semua ini merupakan ancaman bagi anda.

  • Jadi anda kena menjangkakan semua ini dan bersedia untuk mengambil langkah berjaga-jaga.


TAKTIK 33:

CARI PELUANG DAN AMBIL PELUANG YANG TERHIDANG


  • Berapa banyak peluang yang hezrie dah lepaskan?

  • Sebenarnya bila kita perlu mencari peluang dan perlu ambil peluang.

  • Sekiranya anda diberi peluang untuk menemani CEO syarikat anda ke mesyuarat, gunakan sebaik mungkin peluang ini untuk menarik perhatian beliau kepada anda.

  • Tunjukkan bahawa anda berkebolehan dalam tugasan anda. Jangan sia-siakan peluang ini.

  • Berapa ramai yang diberi peluang untuk hadir ke mesyuarat bersama CEO tetapi mereka menolak dan cuba lepaskan kepada orang lain? Ramai sangat.


TAKTIK 34:

SENTIASA BELAJAR


  • Kalau boleh jadikan matlamat hidup anda untuk belajar dan terus belajar.

  • Jangan letakkan had umur untuk anda belajar.

  • Sebab bila anda sentiasa belajar, sikap dan cara anda berfikir akan berubah mengikut tahap pelajaran anda.

  • Jangan jadikan umur sebagai halangan untuk anda belajar kerana otak kita sebenarnya berupaya untuk menyerap benda baharu sehingga kita mati.

  • “KALAU ANDA TIDAK BELAJAR, ANDA TIDAK AKAN BERUBAH. KALAU ANDA TIDAK BERUBAH, APA GUNA ANDA BERADA DI SINI?”


TAKTIK 35:

JANGAN BERGOSIP


  • Anda boleh dengar gosip tapi jangan terlibat sama.

  • Apa maksudnya?

  • Anda boleh dengar tetapi anda jangan sebarkan gosip berkenaan kepada orang lain pula. Cukup hanya sekadar habis untuk anda.

  • Maka anda tidak akan dikatakan bergosip.

  • Bergosip hanya mengundang kepada perlakuan untuk mencari salah.

  • Kalau staf mula suka bergosip pasal bos, setiap hari staf itu akan mencari hal berkenaan bos untuk digosipkan. Biasanya mereka akan pandang benda yang buruk sahaja. Takkan nak gosip pasal benda baik kan?

  • Jadi, bila mula mengutuk bos. Kerja yang anda bakal setiapkan pun tidak sehebat mana, kerana anda telah meletakkan bos anda di kaki anda.

  • Kalau anda tidak berikan yang terbaik kepada bos anda, anda kelihatan tidak berprestasi tinggi.

  • Jadi, berhenti bergosip.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page