top of page

100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 6)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Oct 2, 2017
  • 2 min read

TAKTIK 21:

JADI PEKERJA YANG “COOL”


  • Haa… Cuba tengok disekeliling anda semua. Ada tak rakan-rakan atau bos anda kelihatan cool sentiasa.

  • Bila ada masalah atau pun perkara yang merunsingkan, dia tetap cool.

  • Mesti anda suka tengok karakter begini kan?

  • Jadi, anda juga perlu jadi cool.

  • Kalau boleh anda jadilah seorang individu yang smart dan sophisticated.


TAKTIK 22:

BERCAKAP DENGAN JELAS


  • Pernah tak anda berdepan dengan individu yang bercakap tak jelas. Bercakap mcam taknak bercakap. Keluar perkataan pun kadang2 separuh-separuh? Pernah tak? Mesti pernah kan

  • Biasanya kita tidak akan suka bercakap dengan orang mcam ni. Kita juga tidak akan faham apa yang diperkatakan.

  • Jadi, anda perlu elakkan daripada bercakap seperti mereka.

  • Elakkan bercakap dalam mode:

  • Membebel

  • Bercakap terlalu lembut dan perlahan

  • Gunakan bahasa loghat sendiri

  • Gunakan bahasa percakapan harian.

  • Untuk bercakap secara jelas anda perlu:

  • Bercakap secara berstruktur

  • Jelas

  • Berbudi bahasa

  • Simple


TAKTIK 23:

MENULIS DENGAN BAIK


  • Selain daripada bercakap dengan jelas, anda semua juga perlu menulis dengan jelas.

  • Kerana anda ingin sampaikan maklumat, jadi akan kena sampaikan dengan baik. Cuba belajar bagaimana ingin menulis dengan baik.

  • Sebagai contoh anda menulis laporan, surat, email dan pembentangan.


TAKTIK 24:

TAHU APA YANG ANDA MAHUKAN UTK JANGKA MASA PANJANG – LONG TERM PLAN


  • Bila saya semak dan buat kajian, hanya 10% pekerja-pekerja yang ada di malaysia memiliki plan jangka masa panjang.

  • Anda perlu sediakan plan ini, kerana ianya adalah pelan untuk anda menyusun hampir 1/3 daripada hidup anda.

  • Kalau ada gagal menyusun pelan jangkamasa panjang ini, maka 1/3 daripada hidup anda tidak akan tersusun.

  • Mulakan dengan:

  • Mengkaji bidang kerjaya anda

  • Cuba kaji peluang tertinggi yang anda boleh capai

  • Cuba susun rancangan untuk anda menggapai peluang berkenaan

TAKTIK 25:

TAHU APA YANG ANDA MAHUKAN UTK JANGKA MASA PENDEK – SHORT TERM PLAN


  • Anda kena anda pelan jangkamasa pendek.

  • Berapa pendek jangkamasa ini?

  • Anda perlu sediakan pelan bulanan, tahunan dan untuk 5 tahun.

  • Pelan bulanan - anda perlu sediakan setiap bulan dan biasanya untuk anda list kan senarai kerja yang anda perlu selesaikan bulan berkenaan.

  • Pelan Tahunan – sediakan projek atau task yang anda akan hasilkan pada tahun berkenaan sebagai contoh inovasi baru yang mungkin anda akan hasilkan ataupun pembentangan kertas kerja yang baru untuk anda bentangkan.

  • Pelan 5 Tahun – Tetapkan sasaran dalam masa 5 tahun yang anda perlu capai. Sebagai contoh, anda ingin naik pangkat dalam tempoh 5 tahun atau bertukar keluar dari syarikat sedia ada untuk yang lebih baik.

  • Tapi ingat, anda perlu laksanakan pelan berkenaan dan bukan hanya jadi angan2.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page