top of page

100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 11)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Nov 7, 2017
  • 2 min read

TAKTIK 46 :

JANGAN LANGGAR UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN


  • Adakah tempat anda bekerja melanggar undang-undang atau peraturan?

  • Andakah anda sendiri langgar peraturan?

  • Andakah anda diminta oleh syarikat atau individu tertentu untuk langgar peraturan?

  • Kalau YA, anda kena keluar daripada situasi ini.

  • Jika TIDAK, jangan sesekali terlibat dalam pelanggaran peraturan.

  • Anda akan dipandang mulia jika anda tidak terlibat dalam tindakan keji ini.


TAKTIK 47:

KERJA KENA ADA PRINSIP


  • Pernah tak anda menetapkan prinsip diri sendiri atau pun had dalam kerjaya? Kalau ada, anda sangat hebat.

  • Lebih daripada 50% rakyat Malaysia PRINSIP diri sendiri dalam kerjaya mereka.

  • Sebagai contoh:

  • Saya tidak akan buat keje kotor atau langgar peraturan

  • Saya tidak akan terikut2 dengan ajakan orang

  • Saya tidak akan bekerja sehingga lewat malam atau hari minggu

  • Saya akan utamakan keluarga saya dahulu berbanding kerjaya

  • Saya tidak akan memijak rakan yang lain untuk naik pangkat.

  • Saya tidak akan cemburu dengan pencapaian orang lain


TAKTIK 48:

JANGAN SESEKALI MENIPU


  • Jangan sesekali menipu

  • Jangan sesekali bersubahat denga penipu

  • Jangan sesekali menjadi salah seorang tukang penipu untuk cover sesiapa sahaja atau jabatan.

  • Bila anda telah dikenali sebagai orang yang tidak suka menipu dan terlibat dalam komplot penipuan, anda akan kekal dengan gelaran itu. Dan anda tidak perlu lagi untuk beria-ria menyakinkan orang lain untuk mempercayai anda.

  • Kenapa anda tidak boleh menipu? Sebab bila anda terkantoi dengan penipuan anda, semua orang tidak akan mempercayai anda lagi.


TAKTIK 49:

JANGAN CUBA MELINDUNGI ORANG LAIN


  • Haa.. Contoh simple, anda pernah tolong Punch Card bagi kawan anda?

  • Anda pernah cover kawan-kawan yang belum masuk opis lagi dengan bagitahu bos yang kawan anda ke tandas?

  • Jangan sesekali lindungi orang lain.

  • Kekal dengan pendirian anda.


TAKTIK 50 :

REKOD SEMUA YANG ANDA BUAT


  • Kalau anda diminta oleh bos supaya melakukan apa sahaja arahan, pastikan anda mencatit nota berkenaan di dalam buku nota di hadapan bos.

  • Kalau anda menghantar laporan bertulis kepada bos anda, pastikan anda mengiringinya dengan memo dan anda juga simpan salinan memeo berkenaan.

  • Jika anda menghantar email kepada klien anda mengenai sesuatu perkara, pastikan anda menyimpan salinan email berkenaan. Jangan delete.

  • Dan pastikan semua pihak yang berurusan dengan anda tahu bahawa anda menyimpan semua bukti berkenaan. Supaya mereka tidak boleh memutar belitkan fakta dan maklumat kelak.


 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page