top of page

Edisi Ke-55 KLfm : 47 Tabiat Pekerja SUPER Cemerlang

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Apr 30, 2017
  • 2 min read

Kita sambung lagi 47 Tabiat Pekerja Yang Super Cemerlang


Tabiat 16 : Pekerja Super Cemerlang akan memberi fokus kepada keputusan dan bukannya aktiviti

  • Maksudnya di sini adalah, pekerja super cemerlang perlu berbincang mengenai apakah pencapaian yg telah mereka capai dari tugasan yang telah diberikan.

  • Sebagai contoh mereka akan berkata begini:

  • “Minggu lepas saya telah berjaya mendapat diskaun 10% daripada pembekal barang ke syarikat kita, yang mana telah berjaya menjimatkan duit syarikat sebanyak RM50,000 setahun”

  • berbanding “Perbincangan Saya dan pembekal minggu lepas berlangsung dengan baik”


Tabiat 17 : Pekerja Super Cemerlang Sentiasa Akan Menjadikan Orang Lain yang berjaya Naik Pangkat dalam syarikat /jabatan sebagai contoh dan idola

  • Peraturan kenaikan biasanya tidak sama di antara satu tempat kerja dengan tempat kerja lain.

  • Tetapi kebanyakkannya hampir sama.

  • Biasanya majikan akan menaikkan pangkat pekerja yang menunjukkan prestasi yang terbaik, sikap yang baik dan mungkin gaya kepimpinan yang ada di dalam diri mereka.

  • Jadi, anda perlu memberi perhatian dan belajar daripada mereka ini dan jadikan mereka sebagai idola untuk anda meniru tindakan dan sikap mereka untuk anda menjejaki langkah mereka.


Tabiat 18 : Pekerja Super Cemerlang Tidak Membandingkan Diri Mereka Dengan Orang Lain

  • Pekerja Biasa-biasa akan sentiasa bandingkan diri mereka dengan orang lain.

  • Sebagai contoh:

  • Kenapa Si A dapat naik pangkat? Sedangkan aku tak naik pangkat.

  • Kenapa Si A dapat naik gaji, aku tak naik gaji

  • Pekerja yang Super Cemerlang tidak akan membandingkan diri mereka dengan orang lain.

  • Anda kena fokus kepada diri anda

  • Anda kena fokus kepada kerja anda

  • Anda kena fokus kepada cara bagaimana anda boleh naikkan pangkat seperti Si A.



Tabiat 19 : Pekerja Super Cemerlang Akan Sentiasa Melibatkan Diri Dalam Aktiviti atau Projek di luar Tugasan Hakiki

  • Sekiranya syarikat atau jabatan perlu wakil dari setiap seksyen / unit bagi melaksanakan satu projek, Pekerja Super Cemerlang akan menyertai projek berkenaan.

  • Sebagai contoh :

  • Jawatankuasa Hari Keluarga

  • Task Force Penambahbaikan Prosedur ISO9001:2015


Tabiat 20 : Pekerja Super Cemerlang Akan Sentiasa Mendengar Maklum Balas

  • Maklum balas atau komen amat penting, jadi Pekerja Super Cemerlang akan memberi fokus kepada setiap maklum balas dan komen berkenaan.

  • Pekerja Super Cemerlang Tidak akan berkecil hati ke atas setiap maklum balas dan komen yang diberikan oleh orang lain.

  • Anda bukan sahaja perlu memberi maklum balas, malah anda perlu bertindak untuk mengambil langkah pencegahan supaya ianya tidak berlaku lagi.




 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page