100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 4)
- Mohd Azimin Che Wil
- Sep 18, 2017
- 1 min read

TAKTIK 12 :
URUS TENAGA ANDA
Anda pasti pernah dengar Pengurusan masa.
Bila anda pandai mengurus masa anda, anda akan menjadi lebih effisien, bila anda menjadi lebih effiesien, anda akan dapat mencapai kecemerlangan dlm pelbagai perkara.
Begitu juga dengan Pengurusan Tenaga. Anda kena urus tenaga anda.
Tenaga Fizikal dan Tenaga Mental.
Pastikan bila anda memerlukan tenaga anda, ianya mencukupi. Barulah anda akan sentiasa nampak berupaya melakukan apa sahaj tugasan yang diberikan.
Caranya mudah sahaja untuk memastikan tenaga anda sentiasa mencukupi iaitu :
Jaga tidur anda
rehat secukupnya.
Jangan bazirkan tenaga anda
TAKTIK 13 :
JANGAN BERITAHU ORANG LAIN BETAPA KUATNYA ANDA BEKERJA
Anda kerja kuat dan bagus, tapi jangan pamerkan bahawa anda sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja anda.
Anda cuba pamirkan kepada orang lain yang anda sedang bersuka ria melakukakan kerja anda. Tunjukkan anda sedang happy.
Tapi dengan syarat kerja anda bagus dan hasilnya juga bagus.
Ada beberapa taktik yang berkaitan:
Jangan minta sambung deadline
Jangan cuba mintak tolong orang lain utk siapkan tugasan anda.
Jangan menrungut anda banyak kerja
TAKTIK 14:
LUPAKAN HAL RUMAH DIRUMAH
Bila anda berada di pejabat, anda perlu fokus mengenai urusan pejabat. Lupakan hal di rumah.
Jangan jadi, badan di pejabat tetapi minta berada di rumah atau tempat lain.
TAKTIK 15:
SENTIASA SENYUM
Bila anda senyum, orang lain akan anggap anda bahagia.
Orang lain akan cemburu dengan anda kerana anda sentiasa senyum.
Biasanya orang yang sentiasa senyum akan sentiasa dapat mengawal minda mereka untuk sentiasa senyum. Bila anda boleh mengawal minda anda untuk senyum, anda memang hebat.
Pastikan senyuman anda ikhlas.
Comments