100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 2)
- Mohd Azimin Che Wil
- Sep 4, 2017
- 2 min read

TAKTIK 3 :
PERTIMBANGKAN SEHABIS BAIK JIKA DIMINTA UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU KERJA SECARA SUKARELA
Tidak bermakna anda mengangkat tangan untuk menjadi sukarelawan bg menyelesaikan sesuatu tugasan, anda kelihatan yang hebat.
Dikhuatiri anda akan jd stress dek kerana kerja terlalu banyak
pertimbangkan sebaik mungkin adakah patut anda sukarela menyahut cabaran untuk menyelesaikan tugasan ini.
Cuba tanya pada diri beberapa soalan:
Kenapa orang ni meminta pertolongan?
Bagaimana tugasan ini boleh membantu aku dalam Pelan Masa Depan
Pengurusan Atasan melihat aku ni sebagai apa apabila aku ambil tugasan ini.
Adakah ini kerja-kerja kotor yang orang lain tak nak?
Ataupun orang yng minta tolong itu, benar-benar memerlukan pertolongan.
TAKTIK 4 :
TONJOLKAN KELEBIHAN ANDA
Setiap pekerja mesti memiliki kelebihan
Cuba cari kelebihan yang anda ada yang tiada pada orang lain
sebagai contoh anda mungkin boleh jadi eksklopedia bergerak. Semua benda anda tahu.
Bos akan sayang untuk lepaskan anda
TAKTIK 5 :
SEDIAKAN TUGASAN MELEBIHI JANJI ANDA
Anda janji 5, tapi anda siapkan 10 tugasan.
Anda janji hantar laporan dalam masa seminggu, tp anda hantar 3 hari
Cara dia adalah Kalau anda tahu bahawa tugasan ini boleh disiapkan dalam masa 5 hari, anda berjanji anda akan siapkan dalam masa 7 hari.
Kalau anda tahu tugasan ni boleh siap dalam masa 5 jam, anda janji 10 jam.
Kemudian anda hantar tugasan lebih awal daripada yg dijanjikan.
TAKTIK 6 :
SENTIASA BERTANYA “KENAPA”
Setiap apa yg berlaku di dalam organisasi, anda kena perlu cuba bertanya “kenapa”. Kenapa, kenapa, kenapa
Apabila anda tahu setiap apa yg berlaku di pejabat anda, anda akan dapat gambaran secara keseluruhan.
Lebih mudah untuk anda membuat keputusan, membuat perancangan dan pelan baharu.
Jangan jadi kera sumbang yg hanya tahu mengenai tugasan anda sahaja dan menerima tugasan tanpa mengetahui “kenapa” ia perlu diselesaikan.
TAKTIK 7 :
BERIKAN KOMITMEN 100%
Jika anda berikan komitmen 100%, anda akan seronok untuk bekerja
Jika anda berikan komitmen 100%, tugasan yg dihasilkan akan menjadi terbaik.
Jika anda berikan komitmen 100%, anak buah anda akan menghormati anda dan mereka juga akan melakukan perkara yg sama.
Comments