100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh (Edisi 1)
- Mohd Azimin Che Wil
- Aug 28, 2017
- 1 min read

Untuk menjadi pekerja yang hebat, anda perlu menjadi pekerja BERPENGARUH. Dengan adanya pengaruh yang besar dalam diri anda, anda pasti akan membuka mata semua orang akan kehebatan anda.
Saya akan kongsikan 100 Taktik Menjadi Pekerja Berpengaruh kepada anda semua.
Pastikan anda mengamalkannya.
TAKTIK 1 :
PASTIKAN KERJA ANDA DIKETAHUI ORANG LAIN
Kengkadang kita buat kerja, orang lain tak perasan. Orang lain tak tahu akan apa yang kita dh buat.
Lakukan kerja dan lahirkan hasil yang terbaik
Sediakan Report yang tidak diminta oleh bos anda ( Laporan yang tidak diminta oleh bos anda adalah cara yang paling bijak untuk menjadi yang terbaik daripada kalangan yang lain)
hantar laporan secara berkala
pastikan laporan anda benar-benar berfungsi
pastikan nama anda tercatat pada laporan berkenaan
pastikan laporan berkenaan dapat di lihat oleh bos kepada bos anda
Fokus kepada kerja anda sahaja dan lupakan perkara remeh temeh yang ada di pejabat.
TAKTIK 2 :
JANGAN HANYA BERADA DI KEDUDUKAN ANDA SEKARANG
Kenkadang kita sudah rasa selesa berada di kedudukan sekarang. Datang kerja, siapkan kerja yang diberikan oleh bos, kemudian kita balik ke rumah. Begitulah setiap hari.
Kalau boleh anda perlu sentiasa berfikir apa yang anda perlu lakukan untuk sentiasa menjadi cemerlang di pejabat, sentiasa boleh naik pangkat di syarikat berkenaan. Apa yang akan berlaku dalam masa 5 tahun lagi, 10 tahun lagi.
Comments