top of page

KLfm Edisi Ke-58 : 47 Tabiat Pekerja SUPER Cemerlang

  • Mohd Azimin Che Wil
  • May 22, 2017
  • 2 min read

Tabiat 31 : Pekerja Super Cemerlang Tahu Untuk Menyampaikan Idea

  • Untuk memiliki idea yang baik, semua orang boleh buat.

  • Tetapi untuk memastikan idea anda diterima, anda kena tahu bagaimana nak menyampaikan idea berkenaan dengan baik.

  • Kita risau nanti, idea anda baik, tetapi dek kerana anda tidak tahu nak menyampaikannya, ia menjadi idea yang tidak diminati.

  • Jadi, anda kena jadi pekerja yang tahu mcm mana untuk menjual idea anda kepada orang lain terutama kepada Pengurusan Atasan.

  • Anda bukannya hanya perlu kongsikan idea yang bernas sahaja, tetapi juga anda erlu nyatakan impak daripada idea anda kepada organisasi.

  • Kalau anda hendak idea anda diterima, anda kena jaga 3 perkara.

  • Pertama : Kepada Siapa Anda Sampaikan Idea Anda – Mereka yang boleh buat keputusan

  • Kedua : Masa yang Sesuai – Apabila Semua dah tiada idea

  • Ketiga : Tempat yang sesuai – dalam bilik mesyuarat atau semasa waktu formal


Tabiat 32 : Pekerja Super Cemerlang Selesa Dengan Tekanan

  • Untuk jadi superb, anda kena biasakan diri dalam keadaan tekanan.

  • Untuk menjadikan diri anda immune dengan keadaan tekanan ini, anda kena keluar dari zon selesa anda.

  • Cuba cari cara kerja baru, cuba cari idea baru supaya diri anda sentiasa berada dalam tekanan.

  • Bila anda sentiasa meletakkan diri anda dalam keadaan tekanan, anda sudah biasa. Jadi selepas ini, bila anda berada dalam keadaan tertekan tanpa disengaja, anda akan dapat mengawal keadaan.


Tabiat 33 : Pekerja Super Cemerlang Sentiasa Kelihatan Tenang

  • Bila kena marah

  • Bila banyak kerja

  • Bila deadline tugasan dah dekat

  • Bila ada sesuatu bencana berlaku tanpa diduga

  • Bila ada perselisihan faham

  • Pekerja Super Cemerlang akan sentiasa tenang.


Tabiat 34 : Pekerja Super Cemerlang Tidak Meminta Maaf Secara MELAMPAU

  • Jika anda melakukan kesalahan, anda perlu meminta maaf.

  • Tetapi jangan melampau-lampau. kerana ia akan dapat menjatuhkan maruah anda sebagai seorang profesional.

  • Kalau anda sedar anda melakukan kesalahan, anda perlu memohon maaf.

  • Tetapi jangan melampau-lampau.

  • Kita risau orang lain akan kurang yakin dengan anda selepas ini.


Tabiat 35 : Pekerja Super Cemerlang Akan Mencari Peluang Untuk Kedepan

  • Tabiat ini jarang orang kita akan buat.

  • Orang kita biasanya malu-malu dan tidak mahu kedepan.

  • Tetapi untuk anda menjadi SUPER CEMERLANG, anda kena lakukannya.

  • Cari peluang untuk membuat pembentang di hadapan khalayak.

  • Cari peluang untuk menghadiri mesyuarat penting organisasi

  • Cari peluang untuk terlibat dalam Projek yang besar dan istimewa.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page