Edisi Ke -56 KLfm : 47 Tabiat Pekerja SUPER Cemerlang
- Mohd Azimin Che Wil
- May 9, 2017
- 1 min read
Kita sambung lagi 47 Tabiat Pekerja Yang Super Cemerlang
Tabiat 21 : Pekerja Super Cemerlang Akan Menyelesaikan Masalah
Pekerja biasa akan membuat komplen dan memberi maklum balas kepada organisasi, tetapi pekerja yang super cemerlang akan komplen disertakan dengan cadangan penyelesaian.
Tabiat 22 : Pekerja Super Cemerlang akan mengenalpasti Masalah Ketidakcekapan di sesuatu organisasi
Pekerja Super Cemerlang akan sentiasa memerhatikan di setiap pelusuk syarikat sekiranya ada ketidakcekapan berlaku.
Sekiranya ada masalah ketidakcekapan, mereka akan cuba utk membantu
Tabiat 23 : Pekerja Super Cemerlang Cuba Mengelak daripada Gosip
Dalam usaha pekerja super cemerlang untuk mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah, anda tidak perlu untuk mengetahui masalah dalaman sebenar bg setiap seksyen berkenaan.
Anda tidak perlu sibuk mengetahui masalah bg setiap individu yang ada di dalam seksyen berkenaan.
Cukup sahaja anda mengetahui masalah umum.
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda dikenakan gosip.
Tabiat 24 : Pekerja Super Cemerlang Mengambil Tahu Serba Sedikit Berkenaan Politik Di Pejabat
Pejabat pun ada politik
Anda perlu mengambil tahu tetapi bukannya terlibat sepenuhnya.
Cukup hanya anda tahu siapa orang-orang bos-bos anda. Siapa orang kiri dan kanan bos anda.
Bagaimana hendak berhubung dengan mereka.
Cara untuk memuaskan hati mereka juga perlu di ambil tahu supaya tindakan anda sejajar dengan kehendak mereka dan mereka tidak mengatakan anda sebagai puak menentang mereka.
Tabiat 25 : Pekerja Super Cemerlang Mengetahui semua mengenai Organisasinya
Untuk menjadi pekerja Super Cemerlang, anda perlu ambil tahu mengenai semua hal organisasi anda.
Sekurang-kurangnya secara umum.
Tetapi lebih baik adalah secara terperinci.
Ambil tahu mengenai berita terkini di pejabat.
Sekiranya anda tahu mengenai organisasi anda ianya lebih mudah untuk anda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seksyen lain.
Anda boleh melihat masalah daripada sudut pandangan “Helikopter View”.
Comentários