KLFM Edisi 19 : Jaga Hati Kawan Tak Balik Raya
- Mohd Azimin Che Wil
- Jul 18, 2016
- 1 min read
Topik sempena nak Cuti Raya ini agak santai sedikit, tapi ianya agak sensitif untuk dibincangkan dan anda perlu lakukan tindakan-tindakan ini.
Topik hari ini adalah topik untuk menjaga hati kawan yang tidak dapat balik Berhari Raya di kampugn halaman. Diorang tak balik sebab mereka tidak dapat cuti. Dan tahun ini giliran anda pulak untuk balik kampung.
Apa yang anda perlu buat.
#1 KOMPROMI / BERTOLAK ANSUR
- Ikut turn cuti
- Jangan beri alasan untuk sentiasa anda dapat balik cuti
- Jangan buli junior
- Jangan buli anak buah
#2 JANGAN PENTING DIRI SENDIRI
Sambung cuti atau MC selepas dah syok beraya. Bagi pada orang lain plak untuk bercuti.
#3 SIAPKAN KERJA SEBELUM BERCUTI
Jangan tinggalkan kerja anda kepada kawan pejabat anda untuk diselesaikan.
#4 BERITAHU KAWAN-KAWAN DI MANA TEMPAT KITA SIMPAN MAKLUMAT
Maklumkan kepada kawan-kawan kat mane anda simpan maklumat penting supaya bila anda bercuti, kawan-kawan anda senang untuk dapatkan maklumat berkenaan bila perlu.
#5 JANGAN POST BERKENAAN RAYA DALAM WHATAPPS GROUP
Kawan dah berkorban untuk anda. Jangan sakiti hati mereka.
#6 UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SEDANG BERTUGAS
Hari pertama raya hantarkan ucapan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan yang bertugas.
#7 BERIKAN BUAH TANGAN
Bila balik dari kampung bawak la biskut raya atau makanan tradisi raya dan berikan kepada kawan-kawan yang ada di pejabat.
ITU SAHAJA UNTUK KALI INI.
SERTA PARA PENDENGAR SEKALIAN.
Comments