top of page

Edisi 18 KLfm97.2 : Tip Kekalkan 100% Tenaga & Produktiviti Kerja di Bulan Ramadhan

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Jun 15, 2016
  • 3 min read

Biasa orang duduk komplain yang produktiviti kita masa bulan Ramadhan akan menurun. Kekadang boleh turun sampai 30% daripada hari-hari biasa. Turunnya produktiviti ini adalah disebabkan oleh tenaga kita semakin berkurangan. Kalau pada hari biasa kita boleh re-charge dengan makan minum di siang hari. Tapi bila bulan Ramadhan kita semua tidak boleh re-charge sebab berpuasa. Macam kita bawa kereta untuk menuju ke satu destinasi, biasanya kita dapat mengisi minyak di mana-mana sahaja sepanjang jalan. Tapi kali ini laluan yang kita lalui tiada satu pun stesen minyak, jadi kita perlu mengurus penggunaan petrol supaya sampai ke destinasi kita.



Semalam di KLfm97.2 Radio No.1 Orang KL dalam Segmen Tip Kerjaya saya ada share 4 Tip Kekalkan 100% Tenaga & Produktiviti kerja sepanjang bulan Ramadhan.



Kenapa pentingnya anda Kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadhan?


  • Supaya tidak timbul salah anggap terhadap bulan Ramadhan bahawa bulan Ramadhan menyebabkan umat Islam lemah.

  • Supaya tidak timbul salah anggap kepada umat Islam bahawa umat Islam menjadi lemau bila datangnya bulan Ramadhan.

  • Menunjukkan prestasi sehebat prestasi di bulan biasa.


Mari kita sama-sama menyingkap apakah Tip Untuk Kekalkan Tenaga & Produktiviti kita pada tahap 100% semasa bulan ramadhan.


#1 RANCANG PERGERAKAN ANDA


Anda perlu merancang setiap pergerakan anda setiap hari. Tidak kira pergerakan dalam menyelesaikan tugasan atau pergerakan rutin harian. Kerana pergerakan tanpa perancangan yang baik akan menyebabkan anda kehilangan tenaga yang banyak. Apabila saya mengatakan rancang pergerakan, ini tidak bermakna anda perlu kurangkan pergerakan anda dan tidak buat kerja langsung. Ia sangat berbeza dengan rancang pergerakan.


Mungkin sebelum ini semasa di bulan selain Ramadhan anda akan melakukan pergerakan tanpa dirancang. Sebagai contoh anda hendak bertemu klien di luar. Sebelum ini mungkin anda akan bergerak untuk berjumpa mereka tanpa menyusun haluan pergerakan anda. Sebelah pagi anda berada di KL lepas itu anda berjumpa klien di Shah Alam. Sebelah petang anda jumpa klien no 2 di KL kemudian jumpa klien di Sunway. Jadi pergerakan anda ibarat pergi-balik, pergi-balik.


Anda sepatutnya menyusun pergerakan anda dari Pejabat---KL---Sunway---Shah Alam---Pejabat.



#2 SEDIAKAN SENARAI TUGASAN MENGIKUT KEUTAMAAN


Anda perlu sediakan senarai tugasan harian mengikut keutamaan. Keutamaan di sini ada 2 jenis.

  • Mengikut Kesegeraan & Kepentingan

  • Mengikut Tahap Penggunaan Tenaga & Fikiran

Apa yang anda perlu buat adalah anda kena selesaikan tugasan yang segera dan penting di awal pagi terlebih dahulu. Barulah diikuti dengan tugasan yang mengikut tahap penggunaan tenaga dan fikiran.


Tetapi sekiranya tiada tugasan yang segera dan penting, anda perlu selesaikan tugasan yang memerlukan tenaga atau tahap pemikiran yang tinggi di awal-awal pagi. Ini kerana di bulan ramadhan tahap tenaga anda di awal pagi masih lagi tinggi. Jadi tugasan-tugasan sebegini perlu diselesaikan semasa tenaga anda tinggi. Barulah diikuti kerja-kerja yang lebih ringan. Jadi, semasa anda memiliki tenaga yang sudah berkurangan, anda masih lagi nampak cergas melakukan kerja kerana kerja berkenaan lebih ringan.



#3 OPTIMUMKAN MASA REHAT ANDA


Anda perlu mengoptimumkan penggunaan masa rehat anda untuk berehat sepenuhnya. Jangan sesekali anda berehat terlalu lama atau acapkali. Ini kerana bila anda berehat banyak kali ia akan memberi kesan kepada momentum kerja anda. Anda akan berasa MALAS dan seterusnya tidak mahu buat kerja.


Sebaiknya gunalah waktu rehat yang diberikan untuk anda berehat dan menyelesaikan rutin harian yang anda perlu selesaikan. Selepas itu, mulakan kembali kerja anda.



#4 ELAKKAN DARI BERBINCANG PERKARA REMEH


Anda perlu elakkan daripada berbincang atau berbual mengenai perkara-perkara remeh yang tiada kaitan dengan kerja. Kalau ya pun anda hendak bersembang, janganlah sepanjang hari anda melakukannya. Cukup sekadar menambah perisa hari bekerja anda.


Kekadang pada bulan puasa, di awal pagi selepas masuk kerja, topik yang akan kita bincangkan adalah mengenai juadah berbuka semalam atau sahur pagi tadi. Masing-masing berkongsi apa yang mereka masak dan makan. Tapi ianya tidak terhenti di situ sahaja, ia akan bersambung pula dengan anda berkongsi idea untuk juadah berbuka pada hari berkenaan pula. Jadi tenaga anda akan semakin berkurang dan kerja belum dimulakan.


Jadi, apa yang boleh disarankan anda berbincanglah mengenai semua perkara berkenaan semasa waktu rehat.


Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini, moga apa yang dikongsikan akan memberikan manfaat kepada anda untuk bekerja di Bulan Ramadhan kali ini.


Salam Booster Luar Biasa.



MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

CAC CONSULTANT

TIP KERJAYA KLFM97.2


Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page