top of page

Edisi 17 KLfm97.2 : Langkah Bijak Penganggur Mendapat Kerja (Sambungan)

  • Jun 6, 2016
  • 2 min read

Minggu ini dalam Segmen Tip Kerjaya KLfm97.2 Radio No.1 Orang KL saya telah kongsikan sambungan Langkah Bijak Pengganggur Mendapat Kerja. Sambungan ini adalah sambungan perkongsian saya minggu lepas. Kalau anda masih belum membaca perkongsian minggu lepas boleh KLIK DISINI.


Jadi saya akan sambung langkah yang seterusnya untuk seorang Penganggur Mendapat Kerja.


#3 TAMBAH KEKUATAN

Anda perlu menambah kekuatan anda terutama dalam Kemahiran Lembut (soft skill). Ini kerana 85% mereka yang berjaya dalam permohonan kerja adalah disebabkan oleh soft skill yg mantap.


Anda perlu :

  • Tambah Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

  • Kuasai beberapa bahasa (english dan mandarin)

  • Tingkatkan kemahiran berfikir secara kreatif

  • Kuasai kemahiran berkomunikasi lisan dan bukan lisan

  • Tambah keyakinan diri

#4 PLAN TINDAKAN MENCARI KERJA


Apabila anda telah kenalpasti kesilapan, perbetulkan kesilapan serta tambah kekuatan, anda perlu merangka rancangan untuk mencari kerja. Kerana ramai orang diluar sana mencari kerja tanpa sebarang rancangan, mereka memohon kerja secara sewenang-wenangnya.


Jadi apa yang anda perlu buat adalah:


  • Kenalpasti jawatan yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikan anda.

  • Semak keperluan asas bagi menjawat jawatan berkenaan

  • Sediakan resume yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan.

  • Sediakan diri anda dengan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan untuk persediaan temuduga.

  • Sekiranya jawatan berkenaan memerlukan pengalaman, cuba buat carian untuk kerja dalam bidang sama tetapi jawatan yang lain sebagai contoh jawatan yg lebih rendah. Kalau anda ingin memohon jawatan Akauntan, anda cuba bekerja sebagai Kerani Kewangan terlebih dahulu. Anda ambil pengalaman seberapa banyak mungkin untuk anda menjawat jawatan yang anda ingini.

  • Dalam pada masa yang sama, cuba dapatkan kerja sementara. Saya sarankan jangan selalu bertukar-tukar kerja. Kalau boleh kerja di jawatan sementara ini dalam tempoh masa yang lama sedikit. Jangan sekejap kerja di restoran fast food kemudian 2 bulan kerja sebagai dispatch. Selepas tu tukar kerja jadi operator pengeluaran pulak. Majikan tidak akan berminat dengan orang yang suka bertukar kerja kerana mereka menyangka anda juga akan berbuat demikian di organisasi mereka.

#5 FOLLOW UP

Ramai di kalangan mereka yang memohon kerja tidak membuat follow-up dengan bakal majikan tempat mereka mohon kerja. Kekadang permohonan anda bukanlah ditolak, tetapi surat dan resume kemungkinan tidak sampai ke tangan mereka.


Jadi apa yang anda perlu buat adalah selepas anda menghantar permohonan anda perlu follow-up. Kalau sekiranya mereka tidak menerima permohonan anda, anda perlu mengemukakannya semula.


Sampai sini sahaja perkongsian saya pada minggu ini. Insyaallah kita berjumpa pada minggu hadapan lagi.


MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA DIRI

CAC CONSULTANT

TIP KERJAYA

EDISI 16

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page