top of page

Edisi 16 KLfm97.2 : Langkah Bijak Penganggur Mendapat Kerja

  • Mohd Azimin Che Wil
  • May 31, 2016
  • 2 min read

Minggu lepas saya dah sentuh mengenai Tip Pemilihan Kerjaya. Kalau ikutkan apa yang saya kongsikan minggu lepas untuk mereka yang baru ingin memulakan proses untuk mencari kerja atau mereka yang berhasrat menukar kerjaya. Tapi hari ini saya ingin memfokuskan kepada LANGKAH EFEKTIF PENGANGGUR MENDAPATKAN KERJA. Jadi fokus minggu ini kepada individu2 di luar sana yang dh lama menganggur. Sebab saya mendengar juga rungutan daripada mereka di luar sana yang mencari kerja tidak dapat-dapat. Dah 1 tahun menjadi siswazah tetapi sampai sekarang tidak dapat kerja. Yang setahun xdapat kerja takpe la... Ni yang baru 2 bulan keluar dari universiti pun dah risau sebab tak dapat kerja. Ada orang 5 tahun tak kerja, relax je.. Awak yang 2 bulan tak dapat kerja dah risau.. So, jangan risau ya. Tapi bagus jugak risau sebab banyak komitmen yang anda perlu lunaskan. Jadi kena mulakan mencari kerja. Jadi hari ini saya nak fokuskan kepada penganggur yang mintak kerja, tapi tak dapat-dapat. Dah berpuluh-puluh dah kerja yang dimohon, tetapi tak dapat-dapat.

#1 SEMAK DIRI (Kenapa anda susah untuk dapat kerja)

Biasanya kalau permohonan anda ditolak atau tidak berjaya mungkin ada beberapa kesilapan yang anda lakukan. Mungkin kesilapan berkenaan anda tidak sedari. Jadi apa yang anda perlu buat adalah semak diri anda. Semak kesilapan pada diri anda atau permohonan anda.

  • Adakah disebabkan oleh latar belakang pendidikan anda?

  • Adakah disebabkan oleh kerjaya berkenaan tidak sesuai dgn anda?

  • Adakah disebabkan oleh anda tiada pengalaman kerja?

  • Adakah disebabkan oleh anda tidak memiliki resume yang baik?

  • Adakah disebabkan oleh anda tidak memiliki kemahiran extra power?

  • Adakah disebabkan oleh imej dan sikap anda?

  • Adakah disebabkan oleh anda memilih kerja?

  • Adakah disebabkan oleh anda malas nak mintak kerja?

  • Ataupun cara anda mintak kerja salah.



#2 PERBETULKAN KESILAPAN

Kalau anda telah kenalpasti kesilapan yang berlaku, anda cuba betulkan segera supaya anda akan cepat memperolehi pekerjaan. Lagi cepat TINDAKAN PEMBETULAN anda, cepat jugalah KEPUTUSAN yang anda akan perolehi.


Kesilapan #1

Pendidikan & kemahiran kurang


Pembetulan #1

Anda boleh dapatkan pendidikan tambahan & Kemahiran yang berkaitan.

Kesilapan #2 Tiada pengalaman kerja


Pembetulan #2

Anda perlu bekerja terlebih dahulu di dalam mana-mana sektor yang ada walaupun tidak berkaitan dengan anda.


Kesilapan #3

Resume tidak menarik minat bakal majikan


Pembetulan #3

Cuba dapatkan contoh-contoh resume yang baik supaya resume anda lebih menarik.


Kesilapan #4 Tiada kemahiran extra power


Pembetulan #4

Anda perlu belajar dan mencari ilmu untuk menguasai kemahiran-kemahiran extra power ini. Sebagai contoh dengar Segmen Tip Pagi di KLFM pun sebagai langkah menambah keamhiran extra power.


Kesilapan #5 Imej & sikap tidak memberansangkan.


Pembetulan #5

Anda kena perbetulkan imej dan sikap anda. Anda kena berfikir matang dan jangan anggap anda masih pelajar. Anda kena sedar bahawa anda sekarang ada tanggungjawab utk menyara kehidupan anda dan keluarga.


Kesilapan #6 Terlalu memilih kerja -


Pembetulan #6

Jika anda tiada pengalaman, anda perlu tambah pengalaman kerja terlebih dahulu. Tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Ataupun dlm bidang yang sama tetapi mula dari bawah.


Kesilapan #7 Malas mintak kerja


Pembetulan #7

Anda mesti rajin. Kerja tidak akan datang kepada orang yang malas. Sekarang nak mintak kerja di hujung jari, hanya melalui online sahaja.


Kesilapan #8

Cara mintak kerja salah.


Pembetulan #8

Anda kena belajar macam mana ingin memohon kerja seperti penyediaan resume, covering letter dan menghadapi temuduga.


Itu sahaja untuk perkongsian minggu ini, minggu hadapan saya akan menyambung beberapa Langkah Efektif Untuk Penganggur Mendapat Kerja.



MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA DIRI

CAC CONSULTANT

TIP KERJAYA

EDISI 16






Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page