top of page

Edisi 14 KLfm97.2 : Membina Guru Berjenama

  • Mohd Azimin Che Wil
  • May 16, 2016
  • 3 min read

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua guru-guru di Malaysia.


Kerjaya guru merupakan kerjaya yang sangat mulia dan seperti yang kita tahu bahawa kerjaya guru untuk zaman ini adalah sangat mencabar. Sudah pasti ianya menuntut seseorang guru itu untuk menjadi Luar Biasa supaya anak bangsa yang akan dilahirkan menjadi seseorang yang berjaya kelak.


Jadi pada hari ini saya telah bawakan satu Tip Istimewa sempena dengan Sambutan Hari Guru 2016 sebagai tanda menghargai insan yang bergelar GURU bersama dengan para pendengar KLfm97.2 Radio No.1 Orang KL dalam segmen Tip Kerjaya.


Tip Kerjaya pada hari ini adalah Tip Membina Guru Berjenama.


Kita perasan atau tidak, semasa kita bersekolah dulu ada beberapa guru yang sangat dikenali oleh pelajar-pelajar disekolah. Dan kebanyakkan daripada mereka ini ada dikaitkan dengan bidang kepakaran mereka masing-masing. Ada Cikgu Disiplin, Cikgu Sejarah, Cikgu Pendidikan Jasmani, Cikgu Bola Sepak, Cikgu Sporting, Cikgu Cute… Semua ini adalah berdasarkan kepakaran mereka di sekolah.


Ini semua dikenali sebagai JENAMA.


Jadi anda guru-guru diluar sana.


Adakah anda telah ada Brand anda sendiri?

Semua pelajar tahu tak anda mengajar apa di sekolah?

Ataupun pelajar tahu tak apa yang sinonim dengan anda?


Sebenarnya Menjadi Guru yang memiliki BRAND ini adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh anda semua guru di luar sana. Kerana ianya menunjukkan anda sangat-sangat pakar dan menguasai bidang berkenaan. Sehinggakan bila disebut berkenaan bidang tersebut, anda lah yang akan dicari. Bila berlakunya situasi begini, anda telah berjaya menjadi guru yang Luar Biasa Hebat.


Perasan atau tidak, kita mesti ada guru-guru yang sampai sekarang kita masih ingat. Dan kita ingat mereka adalah disebabkan BRAND Diri mereka.



Jadi saya kongsikan dengan anda, tip Membina Jenama Diri Sebagai Seorang Guru.



#1 PILIH HALATUJU BIDANG KEPAKARAN ANDA


Cuba anda tenung dan perhatikan, apakah bidang yang menjadi kepakaran anda? Bidang apa yang mungkin anda berupaya untuk menonjol dan berjaya. Setiap guru mungkin memiliki beberapa bidang yang dikuasainya, jadi cuba anda pilih bidang yang paling sesuai.



a) Adakah anda benar-benar pakar, minat dan ada bakat?

b) Adakah ada guru-guru lain yang memiliki kepakaran yang sama?

c) Berapa jauh kepakaran anda boleh diluaskan?


#2 BINA AURA DIRI


Untuk menjadi guru yang berjenama, anda kena bentuk sebesar-besar AURA DIRI. Kebanyakkan guru-guru di luar sana memang ada aura masing-masing. Tetapi untuk menjadi lebih HEBAT, anda perlu membesarkan aura anda. Dan pastikan aura anda lebih besar daripada guru-guru yang lain. Aura yang dibina tidak semestinya dengan pelajar-pelajar sahaja, tetapi anda juga perlu membentuk aura peribadi dengan guru-guru, para pentadbir dan masyarakat.


a) Aura Fizikal

b) Aura Hati

c) Aura Rohani



#3 GAYA MENGAJAR YANG BERJENAMA

Cuba bentuk satu gaya mengajar yang berbeza berbanding biasa. Kalau ada guru-guru lain dalam bidang yang sama, anda cuba bentuk satu GAYA PENGAJARAN YANG BERBEZA. Gunakan pelbagai kaedah yang unik.

#4 TEKUN UNTUK MEMBINA JENAMA


Dalam anda ingin mencipta JENAMA Diri sebagai seorang guru, anda perlu TEKUN dalam bidang yang anda ceburi. Anda perlu lakukan kerja anda bersama pelaja-pelajar dengan sepenuh hati.



#5 KENTAL UNTUK MEMBINA JENAMA


Dalam mencipta Jenama Diri anda perlu Kental. Hati Mau Kental beb..

Jika kita telah mengenalpasti di mana fokus kita sebagai seorang guru, maka untuk mencapai cita-cita tersebut, sudah pasti akan wujud halangan. Halangan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Jadi anda perlu kental menempuh halangan berkenaan.



#6 ISTIQOMAH UNTUK MEMBINA JENAMA


Anda perlu istiqomah dalam mengejar cita-cita anda. Kerana untuk mencapai kejayaan bukan mengambil masa yang cepat. Oleh itu, anda perlu berterusan melakukan tindakan yang dirancang dan istiqomah untuk mengejar cita-cita berkenaan.


Mulakan dengan idea dan kemudian susuli dengan tindakan, walaupun tindakan kecil tetapi berterusan.



#7 POSITIF UNTUK MEMBINA JENAMA


Biasanya bila kita mengejar cita-cita kita, pasti akan ada kawan dan lawan. Sebagai kawan mereka senang dengan pencapaian kita. Tetapi sebagai lawan mereka TIDAK SENANG dengan kejayaan kita. Jadi anda perlu positif sentiasa untuk tidak melihat kepada lawan.



Itu sahaja perkongsian Tip Kerjaya Khas Sempena Hari Guru 2016.



Salam Booster Luar Biasa



MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA DIRI

CAC CONSULTANT

TIP KERJAYA KLFM97.2

EDISI 14



Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page