top of page

Edisi 5 KLfm97.2 : Tip Memukau Penemuduga Melalui Penampilan (Siri 3)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Feb 29, 2016
  • 2 min read

Hari ini saya menyambung lagi berkenaan Tip Untuk Memukau penemuduga melalui penampilan. Seperti yang kongsikan sebelum ini, Untuk TAMPAK HEBAT DAN MEMUKAU anda kena jaga 3 PERKARA IAITU: 1. Pakaian 2. Rupa paras 3. Kebersihan Pakaian kita sudah sentuh sebelum ni, jadi hari ni kita fokuskan kepada 1. Rupa paras / Tatahias wajah 2. Kebersihan diri Ok. Kita mulakan dengan Rupa paras / tatahias wajah.

#1 RUPA PARAS ##LELAKI

  1. Kebersihan wajah. Cuci muka anda dengan pencuci muka sebagai persediaan menghadapi temuduga supaya wajah anda kelihatan bersih, berseri dan menawan.

  2. Sekiranya anda bermisai, berjanggut dan berkumis, pastikan anda rapikan atau cukur supaya kelihatan kemas dan segak.

  3. Rambut harus dipotong pendek dan disikat rapi. Kalau boleh setiap kali sebelum ke tempat temuduga anda mesti potong rambut supaya rambut anda akan kelihatan kemas.

  4. Gaya rambut. Anda perlu memilih untuk mengenakan gaya rambut klasik dan konsevatif iaitu Side Part

  • Pendek

  • Tidak nipis ditepi

  • Disikat dari tepi kiri atau kanan

##WANITA

  1. Kebersihan wajah. Cuci muka anda dengan pencuci muka sebagai persediaan menghadapi temuduga supaya wajah anda kelihatan bersih, berseri dan menawan.

  2. Make up. Mesti kenakan sedikit make up. Sebab Wanita yang bermake up mempunyai kelebihan 30% utk mendapatkan kerja yg dipohon berbanding calon yg tidak memakai make up.

  • Make up yg nampak nuteral

  • Jangan terlalu tebal


Jangan terlalu nipis


Kita nak kalau boleh sedehana sahaja


Warna gincu seakan2 warna bibir dan jangan terlalu menyerlah

  1. Gaya rambut wanita.

  • Pastikan rambut anda disikat rapi

  • Gaya rambut juga perlulah menampakkan kita menawan dan effektif untuk membuat kerja.

  • Tidak terlalu serabut.

  • Saya saranankan utk anda sanggul rambut anda. Itu adalah terbaik.

#2 KEBERSIHAN DIRI


  1. Anda hendaklah membersihkan diri anda terlebih dahulu sblm ke tempat temuduga.

  2. Pakai minyak wangi dan deoderant pada badan anda utk menghilangkan bau badan. Bau yang tidak enak akan mengganggu keselesaan orang lain.

  3. Potong dan bersihkan kuku anda.

  4. Gosok gigi anda.

Pastikan diri anda Segak dan Tampan semasa ke sesi Temuduga supaya Panel Penemuduga TERPUKAU DENGAN ANDA. Salam booster luar biasa


MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

TIP KERJAYA KLFM97.2

EDISI 5

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page