top of page

10 Realiti Bisnes KedaiMakan

  • Sifu KedaiMakan
  • May 12, 2016
  • 5 min read

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai perkara REALITI yang anda perlu tahu dalam Bisnes KedaiMakan. Sekiranya anda telah paham akan REALITI ini, mudah untuk anda memulakan bisnes ini.



#1 – Kunci Perniagaan adalah BERTINDAK


Apa yang anda fikir perlu disusuli dengan tindakan.

Apa yang anda dapat perlu disusuli dengan tindakan.

ILMU yang anda dapat dari seminar perlu disusuli dengan tindakan.

IDEA yang tercetus hasil mesyuarat atau perbincangan perlu disusuli dengan tindakan.

Apa yang dicakap perlu disusuli dengan tindakan.



Pendek kata, dalam bisnes ANDA HANYA PERLU BERTINDAK.



#2 – Mindset Kejayaan Dalam Bisnes Perlu Diubah


Setelah anda merasakan anda telah berjaya sepenuhnya dalam mengendalikan bisnes KedaiMakan, anda pasti akan berhenti untuk terus melakukan sesuatu demi kejayaan bisnes anda.


Anda perlu ingat bahawa setiap bisnes tidak kira bisnes apa sekali pun, bisnes memerlukan NAFAS BAHARU. Jadi anda tidak boleh mengatakan bahawa anda telah berjaya walaupun keuntungan yang anda perolehi sekarang telah mencecah jutaan ringgit. Anda memerlukan tindakan seterusnya dan seterusnya untuk mengekalkan kejayaan berkenaan.


Bisnes KedaiMakan saban hari ada sahaja KedaiMakan yang dibuka, jadi untuk anda kekal relevan dalam industri ini anda sentiasa perlu lakukan untuk kejayaan seterusnya dalam bisnes anda.


#3 – Rakan Kongsi


Ada sesetengah usahawan tidak memiliki jumlah modal yang banyak untuk membuka bisnes KedaiMakan, jadi mereka terpaksa mencari rakan kongsi untuk menambah jumlah modal bagi memastikan perniagaan mereka berjalan dengan jaya.


Tetapi anda harus ingat bahawa memiliki rakan kongsi adalah salah satu cabaran yang besar dalam bisnes terutama bisnes KedaiMakan. Kerana rakan kongsi juga boleh menjadi punca kepada pemasalahan di dalam bisnes anda.


Saya sarankan agar sekiranya anda memiliki modal yang cukup, anda jalankan perniagaan anda tanpa rakan kongsi. Jatuh bangun anda seorang sahaja tidak melibatkan orang lain. Kekadang anda boleh menjadi stress disebabkan oleh tekanan dek rakan kongsi bukannya tekanan disebabkan bisnes anda ada masalah.


Sekiranya anda tidak memiliki modal yang cukup, anda boleh mencari rakan kongsi tetapi anda perlu nyatakan secara jelas terlebih dahulu mengenai keseluruhan operasi perniagaan anda. Kalau anda boleh buat pembahagian 'power' kepada rakan kongsi anda lagi bagus supaya tiada pertembungan arahan dan idea kelak.


#4 – Fokus kepada 1 Bisnes Sahaja dalam 1 Masa


Sekiranya anda masih lagi baru dalam bidang ini, anda perlu berikan fokus 100% kepada bisnes KedaiMakan anda. Sekiranya anda tidak begitu mahir dalam menguruskan Bisnes KedaiMakan, anda perlu mengelak dari melakukan banyak benda dalam satu-satu masa. Bisnes KedaiMakan bukanlah satu bisnes yang boleh kita lakukan secara sambilan. Kalau anda buat secara sambilan, sambilan jugalah pendapatan yang akan masuk.


Apabila anda berada dalam bisnes KedaiMakan, sudah pasti akan datang idea-idea baru yang berkaitan dengan bisnes anda berkenaan. Apa yang anda perlu buat adalah pastikan bisnes KedaiMakan anda benar-benar stabil dan boleh bergerak secara automatik dengan pengawasan yang paling minimum. Barulah anda menceburkan diri ke bisnes yang lain.



#5 – Setiap Perkara Mesti Ada Hitam & Putih


Rekod perbincangan, perjanjian atau persetujuan perlu disimpan dengan baik. Segala persetujuan lisan perlu dinyatakan di dalam dokumen secara jelas. Ini adalah untuk membantu anda sekiranya terdapat permasalahan di masa hadapan.




#6 – Pengurusan Kewangan Syarikat


80% perniagaan akan gagal disebabkan tiada pengurusan kewangan yang baik. Apatah lagi bisnes seperti bisnes KedaiMakan, setiap hari anda akan memperolehi wang tunai dan setiap hari juga anda perlu mengeluarkan wang tunai untuk membayar kepada pembekal. Jadi di sini, jika pengurusan kewangan harian tidak baik, ia akan memberi kesan kepada pengurusan kewangan bulanan syarikat.


Pastikan anda menyediakan satu Sistem Pengurusan Kewangan yang terbaik untuk KedaiMakan anda. Tidak kira bisnes anda kecil atau besar, warung/gerai atau restoran mewah, anda tetap memerlukan pengurusan kewangan yang baik.


Jika tiada pengurusan kewangan yang baik dikhuatiri anda tidak mendapat keuntungan langsung dalam bisnes KedaiMakan anda.

#7 – Pengurusan Sumber Manusia yang baik


Pekerja di dalam bisnes KedaiMakan merupakan salah satu faktor yang sangat memberi kesan kepada kejayaan bisnes anda. Kerana pekerja juga KedaiMakan anda boleh berjaya dan kerana pekerja juga KedaiMakan anda boleh lingkup sekelip mata.


Jadi apa yang anda perlu buat adalah lantik pekerja yang benar-benar terbaik untuk bekerja di KedaiMakan anda. Kemudian, jaga kebajikan mereka dengan baik semasa mereka bekerja.


Pekerja di KedaiMakan mempunyai sifat dan perangai yang berlainan daripada Bisnes-bisnes lain. Ada di antara mereka akan meminta naik gaji sebulan sekali, anda yang minta gaji lebih sekiranya pelanggan pada bulan tu ramai dan sebagainya. Kalau anda tidak mengurus masalah ini dari awal, anda akan terperangkap. Ugutan pekerja hanya satu, jika permintaan tidak ditunaikan esok mereka akan berhenti kerja. Jika mereka berhenti kerja, KedaiMakan anda tidak akan dibuka dan anda tidak dapat pendapatan.


Pastikan anda mengurus mereka dengan baik dari mula kemasukan mereka bekerja. Sediakan surat hitam putih kepada mereka dan nyatakan segala peraturan dan perkara mengenai pengurusan sumber manusia.



#8 – Gerak Bisnes KedaiMakan anda dengan Pemasaran


Untuk memastikan KedaiMakan anda sentiasa Full House, anda perlu pastikan anda menyediakan Pelan Pemasaran dengan baik. Untuk sesebuah KedaiMakan bergerak dengan sendiri tanpa adanya aktiviti pemasaran amatlah sukar. Masa yang di ambil berganda-ganda untuk membawa pelanggan masuk ke KedaiMakan anda.


Pemasaran juga perlu dijalankan setiap masa dan bukannya bermusim. Cuma jenis dan strategi pemasaran sahaja perlu dipelbagaikan. Anda perlu menyediakan bajet yang mencukupi untuk aktiviti pemasaran anda. Kalau anda target pendapatan yang banyak, banyak juga bajet pemasaran yang diperlukan.



#9 – Mentor Dalam Bidang Perniagaan KedaiMakan


Mengapa perlu ada mentor?

Apa mentor boleh bantu anda?


Mentor merupakan individu yang akan membimbing anda dalam bisnes. Mereka akan memberi jalan mudah untuk anda berjaya. Kalau anda tiada mentor, sudah pasti anda akan melalui pengalaman yang sama dengan mentor anda. Tetapi jika anda ada mentor, mentor anda akan memberikan anda jalan yang sepatutnya anda lalu dan bukannya semua jalan yang telah dilalui olehnya. Anda boleh jadikan pengalaman hitam mereka sebagai sempadan untuk anda tidak melaluinya juga.


Jika anda mempunyai mentor, anda akan mengambil masa yang singkat untuk berjaya seperti mentor anda. Kerana jalan yang panjang dengan pahit manis dalam bisnes telah disingkatkan dengan membuang jalan yang pahit berkenaan.


Apa yang anda perlu lakukan, cari mentor dari bidang yang bersesuaian dengan bisnes anda. Anda boleh miliki banyak mentor, kerana banyak mentor, banyak juga ILMU anda.




#10 – Modal Yang Banyak


Bila berbicara tentang modal, sudah pasti ramai akan terkedu. Boleh dikatakan di dalam bisnes KedaiMakan memerlukan kita menyediakan modal. Cuma kadar modal yang perlu disediakan adalah dari sekecil-kecil modal hingga sebesar-besar modal. Ianya bergantung kepada jenis KedaiMakan yang anda ingin terlibat.


Bagi saya, anda perlu melihat modal dahulu baru memilih jenis KedaiMakan yang anda akan buka kerana melalui modal kita akan tahu keupayaan sebenar kita.


Anda juga mengatakan modal bukan segala-galanya, saya bersetuju tetapi bergantung kepada jenis KedaiMakan yang anda ingin buka. Anda kena paham bahawa bisnes KedaiMakan adalah bisnes yang memerlukan anda mengeluarkan modal tunai setiap hari untuk membeli bahan mentah. Jika telah dimasak dan tiada pelanggan yang datang, makanan berkenaan tidak boleh dijual kembali untuk keesokkan harinya. Jadi anda perlukan modal baharu untuk membeli bahan mentah.


Jadi saya boleh katakan modal adalah penting untuk bisnes KedaiMakan. Cuma jumlah sahaja bergantung kepada skala KedaiMakan anda.




Sifu KedaiMakan


コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page