Edisi Ke-13 KLfm97.2 : Tip Mengubah Jenama Diri Dalam Masa 24 Jam
- Mohd Azimin Che Wil
- May 10, 2016
- 2 min read

Perkongsian saya di segmen Tip Kerjaya KLFM97.2 semalam adalah untuk menjawab persoalan daripada pendengar KLFM97.2 yang bertanya melalui Facebook kepada saya minggu lepas.
Pertanyaan :
"Kehadiran saya di pejabat tidak dirasai oleh warga pejabat saya. Kalau ada tiada kesan, jika tiada tidak dicari. Bagaimana saya nak bina JENAMA DIRI di pejabat agar dirasai oleh semua warga pejabat dengan segera?"
Jawapan :
Anda perlu lakukan 3 Tip untuk Mengubah Jenama Diri Dalam tempoh 24 jam. Kehadiran anda di pejabat akan dirasai selepas 24 jam.
#1 UBAH PENAMPILAN
Anda perlu lakukan perubahan kepada penampilan anda. Kenalpasti perubahan penampilan yang kecil tetapi berimpak besar. Apa yang anda boleh buat adalah ubah penampilan sekitar wajah anda kerana penampilan pada wajah adalah fokus utama pada diri anda.
Contoh :
[1] Ubah gaya pemakaian tudung anda.
[2] Tukar jenis/kategori warna tudung anda. Kalau sebelum ini ada suka warna pastel, apa kata tukar kpd warna yg lebih garang.
[3] Tukar gaya rambut anda.
[4]Tukar gaya misai, janggut atau jambang.
#2 UBAH TINGKAH LAKU
Anda perlu melakukan perubahan pada tingkah laku anda di pejabat. Kenalpasti tingkahlaku yang mungkin menyebabkan anda tidak begitu terkenal atau dirasai oleh warga pejabat anda. Ubah tingkah laku berkenaan dengan tingkah laku yg bertentangan.
Contoh :
[1] Datang awal ke pejabat. Lebih baik anda jadi orang pertama. [2] Tukar gaya memberi ucapan selamat semasa masuk ke pejabat.
#3 UBAH CARA KOMUNIKASI
Lakukan perubahan pada cara anda berkomunikasi di pejabat. Kenalpasti cara komunikasi yg menyebabkan kehadiran anda tidak dirasai. Tukar cara berkomunikasi berkenaan dengan cara komunikasi yang lebih mesra dan lebih mudah didampingi oleh rakan-rakan.
Contoh:
[1] Cara melayan rakan-rakan atau pelanggan. [2] Cara menjawab panggilan telefon.
Itu sahaja perkongsian utk hari ini. Anda boleh lakukan bermula esok. Ubah JENAMA DIRI ANDA DALAM MASA 24 JAM. Kehadiran anda pasti dirasai oleh semua orang.
MOHD AZIMIN CHE WIL
PERUNDING JENAMA
CAC CONSULTANT
Tip Kerjaya KLfm97.2

Comments