The Power of 'Menghargai'
- Mohd Azimin Che Wil
- May 1, 2016
- 2 min read

Saya bawakan pada hari ini satu Tip Istimewa sempena dengan Sambutan Hari Pekerja 2016. Kita tahu bahawa Sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menghargai seluruh rakyat Malaysia yang BEKERJA.
Tapi persoalannya, adakah anda benar-benar rasa dihargai?
Kalau kita boleh gambarkan disini sebenarnya, Sambutan Hari Pekerja ini adalah satu celebration atau perayaan yang patut kita raikan. Setelah 1 tahun kita bekerja, pada 1 mei setiap tahun kita patut diraikan.
Tapi adakah kita benar-benar diraikan atau meraikan sambutan ini?
Oleh itu para pembaca sekalian, saya bawakan kepada anda 3 TIP UTAMA SEMPENA HARI PEKERJA 2016 supaya anda rasa dihargai dan menghargai orang lain.
Tip ini ringkas sahaja dan anda boleh laksanakan segera dan berimpak tinggi.
#1 MENGHARGAI DIRI SENDIRI
Analisis prestasi kerja anda sepanjang tahun 2015. Adakah tercapai azam kerjaya pada tahun 2015?
Reward/anugerahkan diri anda dengan hadiah.
Beli hadiah
melancong
majlis sambutan
Tambah kompetensi anda melalui latihan, baca buku dsb
Buat Perubahan Kecil dalam diri sekembalinya ada ke Pejabat selepas bercuti 1 Mei 2016.
Tukar Penampilan
Tukar Tingkah laku
Tukar Cara Komunikasi. BANYAKKAN MEMBERI PUJIAN kepada orang sekeliling.
Sediakan AZAM KERJAYA BAHARU untuk setahun akan datang.
#2 MENGHARGAI ORANG LAIN
Ucapan Terima Kasih kepada Bos anda
Ucapan Terima kasih kepada Rakan sekerja
Ucapan Terima Kasih Kepada Anak Buah
APA KATA ANDA CUBA HANTAR MESEJ UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA SEMUA.
“TERIMA KASIH KERANA TELAH MENJADI BOS, RAKAN SEKERJA ATAU ANAK BUAH YANG TERBAIK SELAMA INI”
Sesungguhnya tanpa mereka, anda tidak akan mengecapi kejayaan dalam kerjaya. Kerana mereka lah anda masih kekal di tempat kerja anda sekarang.
Mungkin bos anda banyak membimbing anda untuk jadi seperti sekarang.
Mungkin rakan-rakan sekerja yang lain pernah membantu anda untuk menyiapkan kerja-kerja anda.
Mungkin anak buah anda pernah menyiapkan kerja yang diberikan oleh anda dengan cemerlang.
Tanpa mereka anda tidak boleh berjaya dengan sendiri.
#3 HARGAI MAJIKAN ANDA
UCAP TERIMA KASIH KEPADA MAJIKAN anda kerana telah mengambil anda bekerja di situ dan terus mengekalkan anda bekerja di situ.
Hantar kad/email ucapan terima kasih.
Kita pun tahu kan, tahun 2016 sahaja berpuluh-puluh ribu pekerja telah dipecat daripada pekerja mereka, jadi anda yang masih memiliki majikan perlu bersyukur dan menghargainya.
SETIA PADA MAJIKAN ANDA…
Jangan cuba untuk mensabotaj majikan anda
Jangan cuba menikam belakang majikan anda
Jangan cuba membocorkan rahsia majikan anda
Kalau anda tidak suka bekerja dengan majikan anda sekarang, saya sarankan untuk anda MENINGGALKAN MAJIKAN ANDA DAN BERHENTI DENGAN CARA TERHORMAT.
“Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai..”
Itu sahaja perkongsian Tip Kerjaya Sempena Sambutan Hari Pekerja 2016.
Terima kasih.
Salam Booster Luar Biasa
MOHD AZIMIN CHE WIL
PERUNDING JENAMA
CAC CONSULTANT
Comments