Edisi Ke-12 KLfm97.2 : Kod Etika Berpakaian Ke Pejabat
- Mohd Azimin Che Wil
- Apr 28, 2016
- 3 min read

Hari Isnin yang lepas saya dah share satu Tip kepada pendengar KLfm97.2 Radio No.1 Orang KL dalam Segmen Tip Kerjaya iaitu berkaitan dengan Kod Etika Berpakaian Ke Pejabat.
Korang ingat lagi tak perkongsian saya minggu lepas berkenaan Asas Pemilihan Pakaian Ke Pejabat? Jadi, minggu ni punya perkongsian adalah kesinambungan kepada cerita minggu lepas. Kalau korang tak mengikuti perkongsian minggu lepas boleh baca di sini dulu. ASAS PEMILIHAN PAKAIAN KE PEJABAT
CPTO – Career, Corporate, Place, Time, Occasion
KENAPA SAYA SHARE KOD ETIKA NI?
Kebiasaan rakyat Malaysia akan tersalah untuk mengenakan Kod Etika Berpakaian Ke Pejabat.
Ada yang suka MENCAMPUR ADUKKAN 2 atau lebih Kod Etika berpakaian.
Ada yang langsung tidak tahu akan istilah Kod Etika ini.
Lumrah individu berkerjaya, setiap pagi fikiran buntu memikirkan apa yang hendak dipakai ke pejabat. Bukan tidak ada koleksi pakaian sesuai, namun saban hari dilema sama berulang seolah-olah kehabisan idea untuk bergaya.
Bagi organisasi yang memberi kebebasan kepada pekerja dalam berpakaian, dilema ini mungkin tidak membelenggui fikiran. Namun, bagi syarikat yang melaksanakan dasar agak tegas dalam etika berpakaian, pekerja sudah tentu perlu membuat homework dalam menata gaya sesuai ke pejabat.
Secara keseluruhan, setiap syarikat mempunyai kriteria kod berpakaian tersendiri. Sesetengah majikan menetapkan pekerja memakai pakaian seragam. Kalau kita lihat dari sudut sudut fesyen, pastinya hambar tetapi mungkin sesuai dengan jenis pekerjaan dan imej syarikat atau Jabatan.
KOD ETIKA BERPAKAIAN KE PEJABAT
#1 Kod Pertama : Profesional
Lazimnya dipraktikkan dalam suasana pekerjaan formal. Kod etika profesional ni lebih kurang yang saya telah kongsikan kepada semua mengenai kod etika ke tempat temuduga.
Lelaki
Sut dan tali leher amat diperlukan. Untuk tampak profesional, pilih sut berwarna konservatif seperti kelabu, hitam, biru laut dan kemeja putih atau warna teras yang lain.

Wanita
Berbaju kurung ataupun 2 or 3 pieces suit dan berkemeja.

Bagi kod ini, elakkan corak berpetak, motif bergambar, warna terang dan garang. Perlu diingat, hati-hati dalam memilih kasut. Pilih kasut berwarna asas seperti hitam atau coklat dan gandingkan dengan stokin berwarna gelap untuk lelaki dan mengikut warna kulit bagi wanita.
#2 Kod Kedua : Professional Casual
Agak santai tapi masih konservatif.
Lelaki
Kod pakaian professional casual lebih tertumpu kepada kemeja, tali leher dan seluar slack dan dipadankan dengan casual jaket bagi menggantikan jaket sut.

Wanita
Baju kemeja dan seluar panjang atau skirt paras lutut atau labuh. Dipadankan dengan jaket casual.
#3 Kod Ketiga : Business Casual
Sesuai untuk suasana kerja yang sedikit santai. Pakaian yang sesuai untuk kod ini adalah:
Lelaki
Kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja T polo dan digandingkan pula dengan seluar kasual daripada fabrik khaki.

Wanita
Baju kemeja dan seluar panjang atau skirt paras lutut atau labuh.

Elak menyarung seluar pendek ataupun jeans. Untuk kasut pula, gayakan kasut sarung (loafer) dan sentiasa memakainya bersama stokin untuk mengekalkan gaya profesional.
#4 Kod Keempat : Smart Casual
Agak santai tapi masih nampak profesional.
Lelaki
Kemeja berkolar, seluar panjang

Wanita
Blaus/T-shirt dan seluar panjang
Kot/kajet sporty sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini.
#5 Kod Kelima : Santai
Lebih sesuai untuk suasana kerja yang ceria, kreatif dan santai. Namun, pastikan anda tidak bergaya terlalu santai. Memadai dengan penggayaan kemeja T dan seluar panjang yang selesa.


Semua 5 Kod Etika ini perlu berpandukan kepada Asas Pemilihan Pakaian yang telah saya kongsikan sebelum ini. ASAS PEMILIHAN PAKAIAN KE PEJABAT
Itu sahaja perkongsian kali ini. Kita akan jumpa lagi minggu hadapan.
Salam booster luar biasa.
MOHD AZIMIN CHE WIL
PERUNDING JENAMA DIRI
CAC CONSULTANT
TIP KERJAYA
KLFM97.2
Comentários