top of page

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMILIH LOKASI KEDAIMAKAN ANDA

  • Sifu KedaiMakan
  • Apr 20, 2016
  • 3 min read

"Bukan semua premis yang kosong sesuai untik dijadikan KedaiMakan."

Untuk mencari premis yang sesuai sangat-sangat susah sebenarnya. Banyak perkara yang anda perlu tahu untuk memilih lokasi yang sesuai untuk KedaiMakan anda.

Tetapi lokasi juga bukanlah penentu sepenuhnya untuk kejayaan KedaiMakan anda sebab banyak lagi perkara yang menyumbang kepada kejayaan KedaiMakan anda.

Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang anda perla tahu sebelum membuat pemilihan lokasi KedaiMakan anda.

#1 RUANG PARKING KENDERAAN

Anda perlu pastikan sekitar KedaiMakan makan anda mempunyai ruang parking yang banyak dan senang untuk meletak kenderaan. Anda perlu tahu bahawa manusia sangat berkira untuk berjalan jauh. Jadi anda perlu memilih kawasan yang memiliki ruang parking yang kondusif.


Kekadang perkara ini tidak menjadi isu kepada lokasi di dalam bandar, kerana rakyat bandar boleh menerima keadaan yang memerlukan mereka perlu parking kereta jauh dari premis. Tetapi berlainan pula dengan lokasi di Luar Bandar, mereka yang ada di luar bandar menghendakkan kemudahan yang baik dari segi parking sebab mereka jarang menempuhi kesesakan.

#2 MUDAH DILIHAT

Lokasi KedaiMakan yang baik adalah mudah dinampak kewujudan anda. Kawasan yang paling baik untuk KedaiMakan anda dilihat adalah dikawasan yang sibuk dengan kehadiran ramai orang dan traffic yang sangat perlahan. Kawasan Perniagaan yang dihadiri oleh ramai orang adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana KedaiMakan anda akan dilihat oleh ramai orang.


Pastikan Signboard KedaiMakan anda mudah dilihat oleh orang ramai agar ia menjadi FREE Marketing kepada anda. Bila ramai orang tengok, mereka pasti akan ingat anda.

"Makin kerap potensi pelanggan anda tengok KedaiMakan anda, peratusan untuk mereka singgah di KedaiMakan anda amat tinggi"

#3 SAIZ PREMIS TIDAK PENTING

Saiz premis anda adalah tidak penting dari segi pemilihan lokasi. Cuma anda kena pastikan premis anda muat untuk mengisi peralatan dan perabot yang anda hendak gunakan.

#4 TUAH TEMPAT

Anda juga perlu melihat akan perkara ini kerana tuah sesuatu tempat juga memainkan peranan penting. Kalau anda tengok kawasan berkenaan kelihatan tidak bermaya, banyak kedai telah tutup dan tidak memiliki pelanggan yang ramai, cuba jauhkan diri untuk membuka KedaiMakan anda di kawasan ini.

#5 KESELAMATAN PREMIS

Anda juga perlu mengutamakan premis yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sekurang-kurangnya premis berkenaan dilengkapi dengan peralatan mengesan dan memadam kebakaran. Ini adalah yang terbaik.



#6 KENALI JIRAN ANDA


Jika anda ingin memilih premis, anda juga perlu tahu siapa jiran anda. Adakah sudah banyak KedaiMakan di kawasan berkenaan yang memiliki konsep yang sama dengan konsep anda? Adakah kejiranan anda dipenuhi dengan kedai-kedai yang sangat berjaya dan memiliki pelanggan yang ramai atau kedai-kedai yang kosong dan tiada pelanggan?

"Perniagaan Yang Berjaya menarik perniagaan yang berjaya"

#7 KEDUDUKAN KAWASAN PERNIAGAAN ANDA

Jika anda ingin membina sendiri premis anda, pastikan anda tidak membina premis di luar kawasan perniagaan yang biasa. Sebab di kawasan luar kawasan perniagaan biasa, premis anda tidak akan dilihat oleh orang ramai dan kalau mereka ke kedai anda pun mungkin hanya secara kebetulan lalu di hadapan kedai anda. KedaiMakan anda akan tiada pelanggan tetap.



#8 TUAN PREMIS


Anda juga perlu mengambilkira faktor ini iaitu tuan premis yang baik. Anda perlu cari tuan premis yang tidak berkira dan mudah untuk berbincang. Sekiranya anda berjumpa dengan tuan premis yang baik hati, jangan lepaskan peluang ini. Kerana mereka anda membantu anda jika anda terdesak. Sebagai contoh, anda dapat pengecualian untuk 3 bulan pertama perniagaan anda atau dalam tempoh kerja-kerja renovation anda tidak perlu membayar sewa.


#9 JANGAN GELOJOH

Anda dinasihatkan jangan terlalu gelojoh untuk memilih tempat walaupun anda telah berjumpa dengan premis yang sangat sesuai dengan konsep KedaiMakan anda. Anda perlu membuat survey ke beberapa tempat yang berpotensi untuk dibuat perbandingan. Anda juga perlu buat survey ke premis berkenaan di waktu-waktu yang mustahak seperti waktu pagi, waktu tengahari, waktu petang dan waktu malam. Tengok keadaan kawasan sekeliling di waktu-waktu ini.

Adakah kawasan ini ramai pengunjung di setiap masa?

Adakah kawasan ini sesuai untuk berniaga KedaiMakan di sepanjang masa?

Adakah premis ini selamat di waktu malam?

#10 MEMAHAMI KOMITMEN YANG BAKAL ANDA BUAT

Komitmen di sini bermaksud tempoh kontrak yang perlu anda buat dengan pemilik premis anda. Anda perlu menilai tempoh kontrak yang bakal anda buat dengannya. Anda perlu memikirkan keadaan dimana KedaiMakan anda mengalami kegagalan dalam tempoh yang singkat. Disarankan anda membuat perjanjian sewa dalam tempoh yang singkat terlebih dahulu. Sekiranya perniagaan anda berjalan dengan lancar, barulah anda mengikat kontrak yang lama dengan pemilik premis anda.

Saya doakan anda berjaya memilih premis yang sesuai untuk KedaiMakan anda.

Untuk mengetahui berkenaan Bisnes KedaiMakan, anda boleh sertai SEMINAR JUTAWAN KEDAIMAKAN 2016 yang bakal di adakah pada 7 Mei 2016. Sila layari www.sifukedaimakan.com untuk mendaftar diri.

SIFU KEDAIMAKAN

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page