Edisi Ke-11 KLfm97.2 : 5 Asas Pemilihan Pakaian Ke Pejabat
- Mohd Azimin Che Wil
- Apr 19, 2016
- 2 min read

Semalam dalam Segmen Tip Kerjaya di KLFM97.2 (Radio No.1 Orang KL) saya telah kongsikan tentang perkara asas yg anda perlu tahu sebelum anda bergaya di pejabat atau di tempat kerja.
Jom sama-sama kita tgk satu per satu.
Saya nak kenalkan kepada anda Formula
C- Career (kerjaya) C- Corporate (korporat) P- Place (tempat) T- Time (masa) O - Occasion (aktiviti/acara)
Jika anda pegang kpd formula ini in sha Allah anda akan tahu bagaimana utk bergaya ke tempat kerja.
#1 CAREER (JENIS KERJAYA ANDA)
[1] Pakaian anda adalah bergantung kpd jenis kerjaya anda.
[2] Mesej yg hendak disampaikan melalui pakaian anda.
Contoh :
[1] Profesion - Perundangan, perbankan, pengurusan atasan. [2] Mesej - berwibawa, konservatif dan cekap [3] Pakaian - sut yg sedondon dan pakaian dr fabrik berkualiti dengan warna dan stail yang sederhana.
[1] Profesion - insuran, perguruan, hartanah, jualan. [2] Mesej - Boleh dipercayai, mudah didekati dan berpengetahuan. [3] Pakaian - sut yang tidak sedondon, baju berjaket dan seluar formal
[1] Profesion - pengiklanan, kesenian, fesyen, penulisan, hiburan. [2] Mesej- kreatif, bersifat individu dan kontemporari [3] Pakaian - stail yang lebih ranggi, warna garang dan aksesori yang unik.
#2 CORPORATE (Imej korporat syarikat)
Kengkadang setiap syarikat atau jabatan memiliki nilai korporat yg ingin dipertonjolkan kpd pelanggan. Jadi anda tidak boleh lari dari mengikuti panduan pemakaian korporat yg telah ditetapkan.
Sebagai contoh anda bekerja di sebuah bank. Sudah pasti bank ingin menonjolkan nilai atau mesej bank anda adalah sebuah bank yg cekap, dipercayai, efisien dan kompeten. Jadi anda juga perlu berpakaian supaya mesej atau nilai korporat bank anda dapat disampaikan dengan tepat.
#3 PLACE (Tempat anda bekerja)
Tempat anda bekerja juga memainkan peranan utk anda menentukan pakaian apa yg sesuai utk dipakai oleh anda. Kerana pakaian yg anda kenakan mestilah nampak selesa dan bukannya menyeksakan.
Jenis Tempat kerja:
1. Pejabat Berhawa dingin 2. Pejabat tidak berhawa dingin 3. Bekerja dilapangan
#4 TIME (Masa Bekerja)
Waktu anda bekerja juga amat penting utk menentukan cara anda berpakaian. Waktu normal bekerja bg rakyat Malaysia adalah 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi ada juga yang bekerja bermula dari jam 7petang hingga 7 pago. Walaupun mereka bekerja pejabat, tetapi tidak semestinya waktu itu mereka kena berpakaian formal. Tetapi bergantung kpd majikan anda juga.
#5 OCCASION (Acara/aktiviti)
Anda juga patut bijak memilih pakaian ke tempat kerja mengikut aktiviti yg akan berlangsung pada hari itu.
Sekiranya, pada waktu petang anda perlu ke lapangan, jadi pilihlah pakaian yg bersesuaian dengan urusan kerja dilapangan. Pastikan anda seless. Sekiranya, ada mesyuarat penting pd hari tu, pastikan anda memakai pakaian yg bersesuaian utk menghadiri mesyuarat itu. Supaya anda tidak nampak janggal.
Itu sahaja utk perkongsian Tip Kerjaya yg saya telah kongsikan semalam di KLFM97.2.
Terima kasih.
Salam booster luar biasa.
Comments