8 FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK NAIKKAN HARGA MENU ANDA
- Sifu KedaiMakan
- Apr 13, 2016
- 2 min read

Penentuan harga menu adalah sesuatu yang amat penting di dalam Bisnes KedaiMakan. Ini adalah kerana sekiranya tersalah menetapkan harga anda akan menjalankan bisnes dalam keadaan kerugian.
Sekiranya anda semua bercadang untuk menaikkan harga menu anda, terdapat 8 faktor yang perlu diberi pertimbangan sebelum anda menaikkan harga menu anda.
#1 KOS MAKANAN (BAHAN MENTAH)

Anda perlu membuta pengiraan yang tepat berhubung kos bahan mentah bagi sesuatu makanan anda. Anda perlu pastikan kos makanan anda adalah pada kadar 33% daripada harga jualan anda.
Setiap bahan mentah yang terlibat dari sekecil-kecil bahan sehingga sebesar-besar bahan perlu di ambilkira.
#2 MARGIN KEUNTUNGAN

Anda juga perlu tentukan berapa margin keuntungan yang anda ingin dapatkan dalam setiap makanan anda. Kerana anda tahu berapa keuntungan yang perlu diperolehi dalam setiap hidangan untuk menjadi penyumbang kepada keuntungan keseluruhan bisnes KedaiMakan anda.
#3 KOS TAMBAHAN

Jangan lupa untuk meletakkan kos tambahan seperti kos pekerja, utiliti, bahan-bahan untuk dekorasi makanan anda, minyak, air, pembaziran dan sebagainya. Semua ini juga akan dikira sebagai kos tambahan bagi setiap menu yang dihidangkan.
#4 NAIK TURUN HARGA

Dalam menentukan harga menu anda juga, anda perlu mengambilkira naik turun harga bahan mentah anda. Kerana naik turun bahan mentah alan membuatkan anda kerugian sekiranya tidak di ambilkira dari awal lagi.
Apa yang anda perlu buat adalah catat harga paling rendah dan paling tinggi yang pernah anda dapat daripada pembekal bagi setiap bahan mentah. Buat pengiraan kos setiap menu berdasarkan HARGA BAHAN MENTAH YANG PALING TINGGI.
#5 HARGA PESAING

Anda juga perlu sesekali melihat atau melawat KedaiMakan pesaing anda. Anda cuba perhatikan setiap harga makanan yang ditawarkan di KedaiMakan mereka. Terutama makanan yang sama dengan KedaiMakan anda.
Cuba perhatikan harga menu dan promosi yang dilakukan bagi setiap menu. Anda juga perlu perhatikan saiz menu yang dihidangkan kerana ini boleh membantu anda untuk membuat perbandingan dengan harga yang bakal anda naikkan nanti.
#6 MENU CAMPURAN

Anda juga perlu mewujudkan menu campuran. Cuba gabungkan 2 atau lebih makanan yang ada untuk dijadikan 1 menu set. Semak makanan yang boleh menjadikan daya tarikan kepada pelanggan anda. Jadikan makanan itu sebagai Magnet Produk untuk menarik pelanggan membeli makanan yang kurang femes.
#7 PELARASAN BAHAN MENTAH

Anda perlu mengkaji adakah boleh anda membuat gantian terhadap bahan mentah yang anda gunakan sekarang. Kalau anda boleh gantikan dengan bahan mentah yang lebih murah, anda tidak perlu untuk menaikkan harga makanan anda. Tapi kalau anda rasa tiada ruang untuk membat gantian bahan mentah, anda perlu naikkan harga makanan anda.
Tetapi ingat bahawa setiap pertukaran bahan mentah tidak boleh mengubah rasa dan resipi asal menu anda.
#8 SEMAK DATA

Semak Data harga yang lepas adalah penting. Anda perlu perhatikan berapa peratusan kenaikan yang telah dibuat sebelum ini. Semak juga kesan dek kerana kenaikan harga menu anda terhadap penjualan menu anda. Adakah ianya merendahkan jualan atau mengekalkan jualan anda.
Pastikan anda menyemak harga menu anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Ok! semua faktor ini akan dapat membantu anda dalam usaha untuk anda menaikan harga menu anda.
Kalau artikel ini bermanfaat, sila share kepada kawan-kawan anda yang lain. Terima kasih.

Comments