top of page

Edisi 10 KLfm97.2 : Membimbing Sesi Temuduga

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Apr 11, 2016
  • 2 min read

Hari ini saya telah kongsikan 1 strategi yg sangat penting yang boleh digunakan oleh anda semua pendengar KLfm97.2 semasa melalui sesi temuduga. Tip ini adalah untuk kita mencorakkan bagaimana proses temuduga itu berlangsung atau mencorakkan bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya semasa sesi temuduga. STRATEGI INI DIKENALI SEBAGAI "ANDA MEMBIMBING SESI TEMUDUGA" Sebenarnya kita berupaya untuk membimbing sesi temuduga mengikut kehendak kita. Sebab bila kita boleh membimbing penemuduga untuk mengikut rentak dan corak seperti yang kita mahukan, sesi temuduga berkenaan akan menjadi milik anda. Kita boleh tentukan kemana arah atau halatuju sesuatu sesi temuduga. Jadi kita boleh bersedia awal dan menyediakan skrip jawapan yang terbaik untuk persediaan MEMBIMBING SESI TEMUDUGA. Apa yang anda perlu lakukan adalah, gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh penemuduga iaitu semasa anda diminta MEMPERKENALKAN DIRI PADA PERMULAAN SESI TEMUDUGA. Yang ini ramai orang tidak menggunakan kesempatan ini untuk MEMBIMBING SESI TEMUDUGA. SEBENARNYA DISINILAH PELUANG YANG SANGAT BESAR UNTUK ANDA MEMBIMBING SESI TEMUDUGA ANDA.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAKAN


  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas (Nama & Latar Belakang Pendidikan). Tidak perlu ceritakan latar belakang keluarga secara terperinci.

  2. Terus berkongsi dengan penemuduga apakah pengalaman anda di dalam bidang yang sama dengan jawatan yang dipohon.

  3. Sekiranya tiada pengalaman langsung yang berkaitan, anda boleh ceritakan pengalaman kerja anda sebelum ini. Berkongsilah apa saja KEMAHIRAN DAN KELEBIHAN YANG ANDA ADA.

  4. Sekiranya baru bergraduan, anda kongsikan pengalaman anda semasa praktikal. Pengalaman ini akan membantu.

  5. Sekiranya anda tiada langsung pengalaman, anda berkongsilah kelebihan dan kemahiran yng anda ada.

APA YANG BERLAKU ADALAH:


  1. Penemuduga akan tertarik dengan Pengalaman anda dan kemahiran anda.

  2. Mereka akan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan pengalaman anda sahaja. anda kena tahu bahawa penemuduga sebenar tidak dibekalkan dengan set soalan standard utk ditanya kepada anda. Jadi sebenarnya anda telah memberi idea kepada mereka untuk bertanya soalan. Idea ini berkisarkan pengalaman anda sahaja dan bukannya idea yang dicetuskan oleh penemuduga.

PERSEDIAAN SEBELUM KE SESI TEMUDUGA

  1. Anda perlu kenalpasti PENGALAMAN / KEMAHIRAN / PENGETAHUAN yang paling menarik atau yang anda paling kuasai.

  2. Rangka isi dan skrip untuk sesi pengenalan diri anda dengan baik dan jelas.

  3. Cuba bentuk soalan-soalan jangkaan berserta jawapan yang bakal ditanya oleh penemuduga.

Jadi bila anda sudah lakukan persediaan ini anda sebenarnya sudah bersedia membimbing sesi temuduga berkenaan.


Selamat Mencuba.


Salam Booster Luar Biasa.



MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

TIP KERJAYA

EDISI 10 KLFM97.2

Kommentarer


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page