top of page

Edisi 9 KLFM97.2 : Komunikasi Bukan Lisan Memukau

  • Apr 4, 2016
  • 3 min read

Salam Booster Luar Biasa.

2 minggu berturut-turut saya sudah menyentuh berkenaan Tip Komunikasi Lisan semasa temuduga. Jadi Hari ni di dalam Segmen Tip Kerjaya KLfm97.2 saya beralih ke Tip Komunikasi Bukan Lisan semasa temuduga. Dalam banyak-banyak Elemen dalam Komunikasi Bukan Lisan ni, elemen yg paling penting adalah Eye Contact ataupun Hubungan Mata. Ramai calon-calon temuduga gagal bab hubungan mata semasa sesi temuduga. Mereka seolah-olah tidak yakin utk membentuk hubungan mata dengan penemuduga. Hubungan mata amat penting dalam setiap komunikasi ataupun perbualan kerana ianya menunjukkan bahawa setiap calon benar-benar berminat dan menghargai penemuduga sekiranya wujud hubungan mata. Sekiranya anda gagal membentuk hubungan mata dengan baik, anda dikatakan tidak menghormati org yg anda sedang berdepan. Hubungan mata ni sebenarnya boleh memberi gambaran seribu satu erti kalau kita betul-betul perasan.


Melalui hubungan mata kita boleh tahu:

1. Individu depan kita ni berminat utk berbual dengan kita atau tidak 2. Individu depan kita ni mendengar atau tidak apa yg dibincangkan. 3. individu depan kita ni faham atau tidak dengan topik perbualan. 4. Individu depan kita ni bercakap benar atau tidak setiap kali menjawab soalan 5. individu depan kita ni yakin atau tidak.

Jadi, melalui hubungan mata ini penemuduga akan boleh membuat penilaian terhadap anda. Adakah anda benar-benar berminat utk mendapatkan pekerjaan yg di tawarkan ataupun tidak. Oleh yg demikian, anda semua kena pastikan hubungan mata di antara anda dan penemuduga terbentuk dengan baik.

TIP MEMBENTUK HUBUNGAN MATA YANG BAIK 1. Setiap kali bercakap anda perlu memandang mata setiap penemuduga. Kalau ada 3 penemuduga, anda kena pandang mata ketiga-tiga penemuduga berkenaan. 2. Tempoh paling lama bagi setiap hubungan mata adalah 10 saat. 1 hubungan mata 10 saat. Jadi selepas 10 saat cuba alihkan mata anda ke arah penemuduga lain atau alihkan perhatian mata anda ke tempat lain. Sebagai contoh ke bahagian muka atau badan penemuduga. Tetapi INGAT, jangan terlalu lama. Selepas 2 saat kembali membentuk hubungan mata. 3. Semasa penemuduga bertanya soalan, cuba tumpukan hubungan mata sepenuhnya kepada beliau sehingga tamat soalan yg ditanya. Jangan cuba alihkan perhatian dan membentuk hubungan mata dengan penemuduga yang lain. Cuba beri fokus kepada penemuduga yang bertanya. 4. Untuk mengelakkan anda kelihatan tidak yakin, jangan sesekali mengalihkan perhatian mata anda ke arah bawah iaitu ke kasut anda atau penemuduga. Kerana perbuatan ini menampakkan anda kurang yakin semasa menjawab soalan. 5. Jangan cuba mengalihkan hubungan mata anda kepada benda yang ada dipersekitarn bilik temuduga. Kerana perbuatan ini akan menampakkan anda sedang MEREKA/MENIPU jawapan. 6. Jangan buat perubahan hubungan mata secara tiba-tiba. Sebagai contoh anda telah membentuk hubungan mata sepanjang proses temuduga tetapi setelah ditanya 1 soalan anda tiba-tiba cuba memutuskan atau mengubah hubungan mata anda dengan berkelip dengan pantas dalam kadar 70 kelipan per minit. Anda akan kelihatan panik, stress dan cuba mengelakkan untuk bercakap benar. Pastikan hubungan mata anda berhubung secara konsisten. 7. Cuba menampakkan mata anda bersinar-sinar apabila penemuduga ada menyentuh sesuatu perkara menarik sehingga menyebabkan anda teruja. 8. Cuba perhatikan hubungan mata yang dibentuk oleh penemuduga. Sekiranya penemuduga meneruskan hubungan mata yg baik dengan anda, kemungkinan besar beliau setuju dan menerima jawapan daripda anda. Sekiranya sebaliknya, anda perlu berhati2.


Sekian sahaja perkongsian saya pada minggu ini, teruskan bersama saya di KLFM97.2 setiap Isnin jam 7.45 pagi di Segmen Tip Kerjaya. Minggu depan saya akan kongsikan lagi Tip Komunikasi Bukan Lisan Memukau.


Sekian, terima kasih.


Salam Booster Luar Biasa.



MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

SEGMEN TIP KERJAYA KLFM97.2

EDISI 9 : 4 APRIL 2016


Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page