Edisi 8 KLfm97.2 : Tip Memukau Penemuduga (Komunikasi Siri 2)
- Mohd Azimin Che Wil
- Mar 29, 2016
- 3 min read

Pada 28 Mac 2016 dalam Segmen Tip Kerjaya di KLfm97.2 saya telah menyambung perkongsian saya minggu lepas berkenaan Tip komunikasi Lisan Di bawah elemen ketiga dalam Formula ABC iaitu C-communication. Minggu lepas saya dah bagi 5 Tip berkomunikasi secara lisan dengan penemuduga dan minggu ni saya sambung lagi. So, tip pada hari ini akan bermula dari no.6. hehehhe..
#6 SEMBANG-SEMBANG
Kekadang anda akan berjumpa dengan penemuduga yang sangat baik hati dan jenis sempoi.. Biasanya penemuduga macam ni akan ajak anda untuk bersembang-sembang kecil dahulu sebelum bermulanya sesi temuduga. Biasanya penemuduga buat macam ni kerana mereka ingin kurangkan perasaan gemuruh anda dan ingin menampakkan sesi temuduga ni tidak ada tekanan sangat.
Apa yang anda kena buat adalah:
Jika berlaku keadaan macam ni anda jangan panik dan bersembanglah seperti biasa.
Jangan terlalu over santai sangat dan jangan terlalu formal sangat.
Elak bercakap perkara yang negatif.
INGAT! Kengkadang diorg nak test anda je sebab tu diorg ajak sembang.
#7 PANGGIL PENEMUDUGA DENGAN PANGGILAN HORMAT
Panggilan hormat ni sangat penting, kerana bila anda memanggil penemuduga dengan panggilan hormat yang tepat dan nama yang tepat, penemuduga merasakan anda benar-benar bersedia dan menghormati mereka.
Apa yg anda kena buat adalah:
Anda mesti bertanya kepada pihak urusetia siapakah nama penemuduga bersekali dengan panggilan hormatnya. Kalau penemuduga ada 3 orang, dapatkan nama ketiga-tiga mereka.
Hafal nama mereka dengan betul bersekali dengan sebutannya.
Setiap kali bercakap dengan mereka anda jangan lupa menyebut panggilan hormat mereka seperti Dato' / datin / tuan / puan. Jangan salah menyebut panggilan hormat.
Dalam keadaan biasa anda patut sebut panggilan hormat sahaja tetapi anda perlu menyebut nama penemuduga berserta panggilan hormat bila anda ingin merujuk percakapan mereka.
Sebagai contoh:
"Saya bersetuju dengan kenyataan Dato' Rahman tadi."
"Berbalik kepada soalan yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim tadi"
INGAT! Cuba elakkan untuk anda menyebut nama penuh penemuduga. Kerana anda akan nampak keras.
Sebagai contoh :
"Terima kasih Tuan Mohd Arsyad bin Khalid di atas soalan berkenaan. Untuk makluman Tuan Mohd Arsyad bin Khalid..........."
INGAT JUGA! Jangan sebut nama ringkas atau nama manja penemuduga.
#8 SESUAIKAN GAYA KOMUNIKASI MENGIKUT GAYA PENEMUDUGA
Tip ini sangat penting. Anda perlu sesuaikan gaya komunikasi anda dengan gaya komunikasi penemuduga.
Kalau penemuduga menggunakan gaya komunikasi secara formal, anda harus mengikut gaya formal. Tetapi kalau penemuduga menggunakan gaya yang tidak formal atau santai, anda kena respon mengikut gaya berkenaan tetapi jangan terlalu over.
Kalau dalam keadaan macam ini, anda dilarang untuk buat lawak atau cerita perkara kelakar kepada penemuduga.
Cuba sesuaikan mengikut gaya penemuduga. Sebab anda akan nampak kaku bila penemuduga bercakap gaya tidak formal tetapi anda terlalu formal.
Tapi INGAT! Hanya penemuduga sahaja yang boleh tentukan gaya komunikasi macam mana yang mereka suka dan bukannya anda. Kalau penemuduga mulakan sesi berkenaan dengan formal, maka formallah sesi berkenaan. Kalau penemuduga mulakan dengan tidak formal, maka tidak formallah sesi berkenaan. Cuma ingat, JANGAN TERLALU OVER.
# 9 JANGAN CAKAP TERLALU BANYAK (MENGGORENG)
Kesilapan biasa yang dilakukan oleh calon adalah cakap terlalu banyak.
Apa yg anda harus buat adalah:
Dengar soalan betul-betul.
Pastikan anda tahu apa yang penemuduga tanya dan benar-benar faham soalan mereka.
Jawab dengan informasi dan fakta.
Cuba elakkan menggoreng. Kalau anda pandai goreng takpe.. Tp jangan over.
Komunikasi berkesan adalah anda menjawab dan bercakap di dalam lingkungan topik yang ditanya sahaja. Jangan cuba untuk lencongkan jawab kepada perkara yang lain.
Kalau anda kurang pasti atau kurang jelas dengan soalan yang ditanya oleh penemuduga, anda boleh dapatkan pencerahan dari mereka. Jangan cuba meneka apa yang dimaksudkan oleh penemuduga didalam soalannya itu.
Anda boleh tanya mcm ni.
"Tuan nak saya bercerita mengenai....................?"
"Boleh tuan ulang soalan, kerana saya kurang jelas"
Penemuduga akan bantu untuk memberi penjelasan kepada anda apa yg mereka perlukan daripada anda. Jangan sesekali membuat tekaan dan kemudiannya anda bercakap secara rambang tanpa memahami apa yang diperlukan oleh penemuduga. Perkara ini bahaya kerana anda akan akan dikatakan SALAH MENJAWAB SOALAN.
#10 JANGAN MENCELAH
Tip yang paling penting juga adalah jangan sekali-sekali mencelah apabila penemuduga sedang bercakap. Walaupun anda telah paham dengan apa yang hendak ditanya oleh penemuduga. Biarkan penemuduga habiskan percakapan mereka baru anda boleh memberi maklum balas.
Untuk menampakkan anda tidak gelojoh. Ada cuba ambil masa sedikit selepas soalan penemuduga tamat. Gunakan masa PAUSE ini untuk berfikir sejenak jawapan kepada soalan yang ditanya. Anda boleh PAUSE dalam masa 5 saat. Tetapi jangan terlalu lama.
Tetapi ingat dalam tempoh 5 saat berkenaan jangan gunakan "filler words" seperti "ummmmm.... Aaaa...."
Percayalah bahawa sekiranya anda ambil masa untuk menjawab, anda akan kelihatan relax, yakin dan sopan.
Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga apa yg dikongsi dapat membantu anda semua utk berkomunikasi semasa temuduga.
Terima kasih.
Salam Booster, Luar Biasa.
MOHD AZIMIN CHE WIL
PERUNDING JENAMA
SEGMEN TIP KERJAYA KLFM97.2
EDISI 8 : 28 MAC 2016

Comments