top of page

Edisi 7 KLfm97.2 : Tip Memukau Penemuduga (Komunikasi Siri 1)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Mar 29, 2016
  • 2 min read

Pada 28 Mac 2016 dalam Segmen Tip Kerjaya di KLfm97.2 saya sudah berkongsi berkenaan Elemen terakhir dalam Formula ABC iaitu C-Communication.


Ingat lagi tak Formula ABC? Yang saya sebut 4 minggu berturut2 yg lepas.


  • Appearance

  • Behavior

  • Communication


Sebelum ini saya sudah menyentuh 2 elemen dalam Formula ABC berkenaan iaitu Appearance & Behavior. Jadi pada minggu ni saya telah menyentuh berkenaan elemen ketiga iaitu Communication.

Bahagian Commnunication ini sebenarnya tidak kurang pentingnya. Kalau anda semua pakai pakaian yang cantik, perangai atau tingkahlaku pun dah elok, tapi cara berkomunikasi tak berapa nak baik. Mungkin anda tidak dapat memukau penemuduga.

Jadi saya nak kongsikan 5 tip untuk Pertingkatkan Komunikasi Verbal anda.

Komunikasi verbal ini adalah komunikasi yg menggunakan mulut anda sepenuhya, senang cakap percakapan kita.



#1 SUARA


  • Suara mesti jelas.

  • Sebutan mesti betul.

  • Intonasi mesti tepat.

  • Rentak mesti sederhana.

  • Kawal pernafasan.

  • Elakkan menyebut perkataan "emmmmm..." Atau "aaaa..." semasa menjawab soalan.

  • Sediakan ayat ringkas dan mudah.


#2 GUNA AYAT POSITIF


  • Sentiasa positif

  • Sentiasa menceritakan perkara positif.

  • Jangan ceritakan pengalaman negatif semasa di tempat kerja yg lepas.

  • Fokus kpd jalan penyelesaian yg telah di ambil semasa pengalaman negatif berlaku.



#3 JANGAN MENGAJAR PENEMUDUGA


Anda perlu ingat bahawa penemuduga bukanlah mereka yg mempunyai latar belakang pengetahuan atau pendidikan yang sama dengan anda. Mungkin mereka bukan orang yg terlibat secara langsung dengan kepakaran secara teknikal. Jadi anda jangan mengajar mereka tentang sesuatu ilmu yg anda ada. Hanya sekadar utk anda menyentuh secara luaran sahaja utk menunjukkan anda tahu.


Tetapi kalau penemuduga memang pakar dlm bidang anda, anda boleh teruskan utk berkongsi apa yg anda tahu. Tetapi masih lagi bukan mengajar mereka.



#4 BERTANYA SOALAN KEPADA PENEMUDUGA


Jika diberi peluang utk bertanya soalan kpd penemuduga, anda jangan lepaskan peluang ini. Sebab ianya amat penting utk menunjukkan anda amat2 berminat utk bekerja di syarikat atau di jabatan mereka.


Apa yg anda perlu lakukan adalah anda kena sediakan soalan yang menarik berkaitan dengan jawatan yg anda pohon.


"INGAT.... Menarik pada anda bukan bermakna menarik dimata penemuduga."


Sebagai contoh, berkenaan GAJI. Gaji adalah sesuatu yg menarik pada anda, tp tidak menarik bagi bakal majikan anda.


Jadi sediakan soalan yg menarik untuk ditanya.


Sebagai contoh:


"Adakah pihak syarikat menyediakan peluang utk sy meningkatkan kemahiran saya melalui latihan?"


Cuba elakkan juga:

1. Soalan-soalan bersifat terbuka. 2. Soalan yang anda boleh dapat jawapan melalui Website atau dimana-mana.



#5 UCAPAN TERIMA KASIH


  1. Anda harus ucap terima kasih kepada penemuduga kerana menjemput anda ke sesi temuduga berkenaan.

  2. Ucap terima kasih juga kerana mereka sudi utk meluangkan masa menemuduga anda.



Itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga apa yang dikongsi dapat membantu anda semua utk berkomunikasi semasa temuduga.


Terima kasih.


Salam Booster, Luar Biasa.

MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

SEGMEN TIP KERJAYA KLFM97.2

EDISI 8 : 21 MAC 2016

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page