top of page

Edisi 6 KLfm97.2 : Tingkah Laku Memukau Semasa Temuduga

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Mar 7, 2016
  • 2 min read

Anda masih ingat tak berkenaan Formula ABC yang saya sebut 3 minggu lepas.

A - Appearance B - Behavior C - Communication


Selama 3 minggu yang lepas saya telah menyentuh berkenaan dengan Penampilan ataupun Apperance. Jadi pada minggu ni saya akan menyentuh pula kepada elemen kedua dalam Formula ABC iaitu Behaviour. Behavior ini adalah sebenarnya merujuk kepada tingkah laku individu semasa sesi temuduga berlangsung. Cara kita bergerak, cara kita berjalan dan cara kita duduk. Ini semua adalah behaviour. Kalau kita dah berpakaian cantik tapi tingkah laku kita tak berapa nak elok, imej kita akan jadi tak elok jugak.

ADAB MASUK BILIK TEMUDUGA


  1. Tarik nafas sedalam-dalamnya.

  2. Bertenang.

  3. Ketuk pintu Bilik Temuduga dan TUTUP PINTU PERLAHAN-LAHAN.

  4. Beri salam atau ucap selamat.

  5. Berjalan secara sopan dan teratur. Jangan terlalu perlahan & jangan terlalu laju atau tergopoh gapah.

  6. Terus menuju ke Meja Panel Penemuduga.

  7. Bersalaman secara erat dengan penemuduga jika sesuai. Tapi pastikan tangan anda kering semasa bersalaman.

  8. Serahkan dokumen & sijil asal kepada Penemuduga.

  9. Pergi ke tempat duduk.

  10. Duduk apabila disuruh.

ADAB SEMASA DUDUK


  1. Duduk dengan sopan & selesa.

  2. Tegakkan belakang anda.

  3. Wajah anda perlu mengadap penemuduga.

  4. Rapatkan kedua-dua lutut dan jangan silang panggung.

  5. Calon wanita boleh meletakkan Tangan di atas peha.

  6. Calon lelaki boleh meletakkan dan tangan di atas lengan kerusi. Jangan berpeluk tubuh.

  7. Calon wanita boleh meletakkan kaki menyerongkan sedikit disebelah kanan atau kiri.

ADAB SEMASA SESI TEMUDUGA


  1. Tenang semasa menjawab semua soalan.

  2. Hadkan pergerakkan badan anda. Jangan terlalu banyak bergerak kerana ia menampakkan anda terlalu resah.

  3. Minimumkan pergerakkan tangan. Jangan melampau.

  4. Jangan bersikap kurang ajar semasa menjawab soalan atau bercakap.

  5. Jangan cuba gerakkan kaki anda semasa menjawab soalan.

  6. Senyum sepanjang sesi temuduga.

ADAB SELEPAS SESI TEMUDUGA


  1. Ucapkan terima kasih kepada panel penemuduga.

  2. Bangun perlahan dan terus berjalan ke pintu. Jangan berjalan tergopoh gapah sehingga menampakkan anda tak sabar sgt nk meninggalkan bilik berkenaan.

  3. Tutup pintu dengan perlahan-lahan.

  4. Jangan bersorak diluar bilik temuduga. Dikhuatiri panel akan dengar.

Itu sahaja untuk hari ini. Insyallah minggu depan kita akan sambung kembali berkenaan Behaviour atau tingkah laku semasa sesi temuduga. Salam booster luar biasa.

MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

CAC CONSULTANT

TIP KERJAYA KLFM97.2

EDISI 6

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page