Edisi Ke-4 KLfm97.2 : Tip Memukau Penemuduga Melalui Penampilan (Siri 2)
- Mohd Azimin Che Wil
- Feb 22, 2016
- 2 min read

Edisi Ke-4 Tip Kerjaya KLfm97.2 hari ini saya telah menyambung berkenaan Tip Untuk Memukau penemuduga melalui penampilan. Dan pada hari ini akan khusus buat kaum wanita sahaja. Kaum lelaki boleh ambil perhatian juga utk dikongsi bersama isteri. Mana tahu isteri anda akan ke sesi temuduga selepas ini. Kita akui bahawa kaum wanita ni memang pakar dalam bergaya, malah mereka amat mementingkan kecantikan diri dan pakaian mereka. Tetapi, sering kali juga kita melihat cara berpakaian yang digayakan oleh mereka ni KURANG KENA sedikit dengan gaya berpakaian secara profesional untuk ketempat kerja atau menghadiri temuduga. MUNGKIN MEREKA BERPAKAIAN OVER SEDIKIT ATAU KURANG SEDIKIT DARI SEPATUTNYA. Apa yang kita nak adalah calon temuduga BERPAKAIAN SUPAYA NAMPAK ANGGUN, BERJAYA, PROFESIONAL DAN SELESA semasa sesi temuduga berkenaan. Dengan cara itu, ia mampu menambahkan keyakinan, memberi impak dan tanggapan pertama yang MEMUKAU PENEMUDUGA. Tak guna ya, pakaian cantik tetapi tak selesa. Atau pakaian mahal, tapi tidak menampakkan keanggunan si pemakai.
#1 BAJU DAN KAIN
Pilih pakaian jenis labuh. Seperti Baju Kurung atau kebaya atau Blazer (3 piece).
Pemilihan skirt adalah tidak terlalu singkat sehingga menjolok mata. Sebaik-baiknya adalah dibawah paras lutut.
Elakkan dari memakai baju yang membuka dada atau baju jarang dan sempit.
Baju kurung mesti simple dan tidak terlalu sarat.
Warna yang disarankan adalah hitam, gray, & ungu.
Warna jangan terlalu menonjol dan terlalu banyak.
Untuk yang memakai kot, anda mesti memakai kot THREE PIECE. Mesti dari material sama.
#2 TUDUNG
Corak dan gaya tudung sederhana.
Tudung mesti selesa untuk dipakai. dan jangan pakai tudung yang boleh mengganggu sesi temuduga
Warna tudung mestilah disesuaikan dengan warna baju.
#3 KASUT
Warna kasut mestilah SEWARNA. warna hitam adalah yang terbaik.
Jangan pakai kasut berwarna-warni dan ada hiasan labucci pada permukaannya.
Material kasut adalah kulit atau separa kulit.
Kasut mestilah jenis yang bertutup disekeliling. COCK Shoes.
Ketinggian tumit adalah setinggi 1.5 inci maksimum.
Tumit perlulah LEBAR bg memudahkan pergerakkan anda.
#4 SARUNG KAKI
Sarung kaki MESTI daripada jenis lembut.
Warna sarung kaki adalah sama dengan warna kulit kaki anda.
#5 AKSESORI (rantai leher, anting-anting, gelang, cincin dan keronsang)
Jangan keterlaluan dan sarat sehingga mengalihkan perhatian penemuduga kpd aksesori anda.
Aksesori yg dipakai tidak lebih dr 5 aksesori. RULES OF FIVE
1 - Rantai leher / kerongsang
2 - Anting-anting/ kerongsang
1 - Jam tangan
1 - Cincin
Jangan pakai gelang kaki berloceng.
Ini semua adalah untuk memastikan anda NAMPAK ANGGUN DAN NAMPAK PROFESIONAL supaya Panel Penemuduga TERPUKAU DENGAN ANDA. Salam Booster Luar Biasa
MOHD AZIMIN CHE WIL
PERUNDING JENAMA
TIP KERJAYA KLFM97.2
EDISI 4
Comments