top of page

Edisi 3 KLfm97.2 : Penampilan Memukau Ke Sesi Temuduga (Siri 1)

  • Mohd Azimin Che Wil
  • Feb 15, 2016
  • 2 min read

Hari ini saya akan menyambung lg berkenaan Tip Untuk membina BRAND dalam Kerjaya. Minggu lepas saya berkongsi berkenaan Formula ABC iaitu Appearance, behaviour dan Communication. Jadi pada hari ini saya akan berkongsi berkenaan Appearance khususnya Penampilan diri semasa ke sesi temuduga. Ini keranan ramai calon temuduga diluar sana melakukan kesilapan dalam cara berterampilan semasa sesi temuduga.

Kenapa kita kena jaga sangat penampilan kita semasa temuduga?

Tujuan utama kita perlu jaga keterampilan kita semasa ke sesi temuduga ni bukan apa, sebab dalam tempoh 15 saat pertama dalam sesi temuduga berkenaan, panel penemuduga akan membuat TANGGAPAN PERTAMA (first impression) terhadap diri anda. Jadi kita tidak boleh lari dari MEMUKAU PANEL PENEMUDUGA dalam tempoh 15 saat berkenaan. Kalau anda gagal memukau mereka dalam tempoh berkenaan, berkemungkinan anda akan gagal untuk mendapatkan jawatan yang anda mohon. Oleh itu itu JOM KITA PUKAU MEREKA.. Untuk TAMPAK HEBAT DAN MEMUKAU anda kena jaga 3 PERKARA IAITU:

1. Pakaian 2. Rupa paras 3. Kebersihan

Hari ini saya akan menyentuh cara berpakaian bagi LELAKI TERLEBIH DAHULU. Minggu depan saya akan menyentuh cara berpakaian WANITA. Dan minggu yang seterusnya saya akan menyentuh mengenai Rupa Paras dan Kebersihan. Ok kita mulakan dengan PAKAIAN LELAKI.

KAMEJA

1. Berlengan panjang 2. Warna - tona cerah @ putih - senang nak matching dgn long suite 3. Kameja mesti digosok supaya nampak kemas dan rapi.

TALI LEHER

  1. Tali leher mesti dipakai kerana tanpa tali leher pemakaian anda akan nampak kurang lengkap dan segak.

  2. Warna Tali leher mestilah lebih gelap daripada warna baju. Kalu boleh guna base colour yg sama tetapi tona nya mesti lebih gelap.

SELUAR

1. Seluar panjang 2. Seluar Slack bukannya seluar karkis atau jeans. 2. Size seluar juga amat penting, mesti selesa dan padan dgn size badan anda 3. Warna Gelap (hitam atau Biru) 4. Tanpa corak supaya senang dipadankan dengan baju dan kasut. 5. Seluar mestilah digosok rapi supaya nampak segak dan kemas.

TALI PINGGANG

  1. Dibuat daripada kulit atau separa kulit.

  2. Size tali pinggang juga tidak boleh lebih drpd 1 inci setengah.

  3. Kepala tali pinggang juga jangan terlalu besar. Sizenya besar sedikit dr size tali pinggang.

  4. Warna gelap - hitam

KASUT

1. Diperbuat daripada kulit atau separa kulit 2. Warna - hitam 3. Kasut mestilah bersih dan berkilat.

STOKING

1. Warna stoking adalah Hitam atau gelap. 2. Jangan pakai stoking yg bercorak atau berbelang2 3. Stokis mestilah bersih dan tidak berbau.

Pastikan diri anda Segak dan Tampan semasa ke sesi Temuduga supaya Panel Penemuduga TERPUKAU DENGAN ANDA. MINGGU DEPAN SAYA AKAN SENTUH CARA BERPAKAIAN BAGI WANITA UNTUK KE SESI TEMUDUGA. Salam booster luar biasa

MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

CAC CONSULTANT

TIP KERJAYA KLFM97.2

EDISI 3

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page