top of page

Edisi 1 KLFM : BRAND DIRI

  • Feb 2, 2016
  • 2 min read

APAKAH ITU BRAND DIRI?

BRAND DIRI bermaksud Imej Diri, Nilai Diri & Potensi Diri bagi setiap Individu. BRAND Diri ini sebenarnya apa imej yang hendak kita pertontonkan kepada umum berkenaan diri kita.

Adakah anda hendak orang kenal anda dengan Imej Positif?

Atau

Adakah anda hendak orang kenal anda dengan Imej Negatif?

BRAND Diri akan menentukan Nilai Diri anda. Orang yang mempunyai Brand yang baik akan terus cemerlang di masa hadapan.

Untuk membangunkan BRAND Diri, anda kena mempunyai pakej lengkap. Dengan menggunakan Formula ABC anda akan mencipta Brand anda tersendiri.

APAKAH ITU FORMULA ABC

Formula ABC ini adalah satu formula untuk menjadi senarai semak kepada anda semasa anda dalam proses membina brand diri.

A- Apprearance (Penampilan Diri)

B- Behavior (Tingkah Laku)

C- Communication (Kemunikasi)

Di entry yang lain saya akan perincikan apakah itu Formula ABC.

APA YANG PATUT ANDA BUAT?

  • Anda perlu mencari atau mendapat ilham BRAND DIRI yang macam mana anda semua mahu.

  • Setelah anda jumpa BRAND Diri yang anda mahu, anda cuba cari IDOLA untuk brand berkenaan. Anda cari individu yang boleh dijadikan IDOLA anda. Idola adalah penting kerana anda boleh tentukan benchmark untuk diri anda.

  • Cuma cari ciri-ciri atau potensi diri yang ada di dalam diri anda yang boleh membantu anda untuk menjadi seperti Idola anda. Senaraikan ciri-ciri berkenaan.

  • Senaraikan pula ciri-ciri yang ada pada Idola anda yang anda tiada.

  • Berusaha untuk mewujudkan ciri-ciri yang tiada pada diri anda berkenaan.

Dengan cara ini anda akan berjaya mengenalpasti BRAND DIRI yang anda mahukan dan berusaha untuk memperolehinya.


Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Di entry yang lain saya akan kongsikan apakah Formula ABC.


Terima kasih.

MOHD AZIMIN CHE WIL

PERUNDING JENAMA

SEGMEN TIP KERJAYA KLFM97.2

EDISI 1 : 1 Februari 2016

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by CAC Consultant.
Proudly created with Wix.com

Level 36, Menara Citibank

165, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

  • Wix Facebook page
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page